Connect with us

Terkini

Permohonan Siti Bainun untuk tangguh hukuman penjara ditolak lagi

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, kekal dipenjara selepas sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu atas kesalahan mendera dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, sementara menunggu proses rayuan.

Wartawan TMT

Published

on

Permohonan Siti Bainun untuk tangguh hukuman penjara ditolak lagi
Foto: Siti Bainun.
  • Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, kekal dipenjara selepas sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu atas kesalahan mendera dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, sementara menunggu proses rayuan.
  • Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, hari ini menolak permohonan itu selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penangguhan hukuman berkenaan.
  • Siti Bainun, 31, yang dibawa dari Penjara Kajang, diwakili peguam, Ahmad Faiz Munawar, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.
  • Pada 3 Mei lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Siti Bainun bagi pertuduhan pertama atas kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara bagi tuduhan kedua kerana menganiaya, dengan kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan secara serentak.

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, kekal dipenjara selepas sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu atas kesalahan mendera dan menganiaya remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, sementara menunggu proses rayuan.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache, hari ini menolak permohonan itu selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penangguhan hukuman berkenaan.

Siti Bainun, 31, yang dibawa dari Penjara Kajang, diwakili peguam, Ahmad Faiz Munawar, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.

Turut kelihatan di galeri awam mengikuti prosiding ialah keluarga wanita itu, termasuk ibunya

Pada 3 Mei lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Siti Bainun bagi pertuduhan pertama atas kesalahan mengabai dan 12 tahun penjara bagi tuduhan kedua kerana menganiaya, dengan kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan secara serentak.

Izralizam mengarahkan Siti Bainun dihantar ke penjara serta-merta, selepas menolak permohonan peguam bela pengasas Rumah Bonda itu, Mohammad Farhan Maaruf, untuk menangguhkan hukuman berkenaan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah itu juga menetapkan supaya Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun, dengan cagaran RM5,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam, yang disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 9 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas mengemukakan lapan saksi dengan Siti Bainun sebagai saksi pembelaan pertama memberi keterangan pada prosiding bermula 26 Januari lalu.

Saksi lain memberi keterangan ialah pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai serta pegawai penemubual Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim dan Nor Aidil Farhab Johaizad.

Siti Bainun sepatutnya memberi keterangan membela diri pada 16 Januari lalu, namun prosiding ditangguhkan berikutan tiga peguamnya iaitu Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan dan Nur Ellena Mohamed Razif, menarik diri daripada mewakilinya.

Prosiding membela diri itu bersambung keesokannya, namun dua lagi peguamnya iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil, turut membuat keputusan menarik diri daripada mewakili Siti Bainun, sekali gus menjadikan tertuduh tidak mempunyai peguam.

Pada 26 Januari lalu, Izralizam mengarahkan Siti Bainun memberi keterangan membela diri walaupun wanita itu tidak diwakili peguam supaya tidak mengganggu perjalanan kes.

Bagaimanapun, pada 20 Februari lalu, Siti Bainun melantik semula Mohammad Farhan, yang pernah mewakilinya semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan.

Pendakwaan mengemukakan 22 saksi, termasuk bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur, yang memberi keterangan pada perbicaraan bermula 30 Mac 2022.

Pada 24 November 2022, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, di antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending