Connect with us

Terkini

Kerajaan digesa ambil tindakan tegas insiden bakar al-Quran di Sweden – PEMBELA

Kerajaan digesa mengambil langkah lebih tegas menerusi tekanan diplomatik yang wajar supaya kerajaan Sweden mengambil tindakan serius terhadap golongan ekstremis yang mengundang suasana tegang dan kebencian antara agama.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan digesa ambil tindakan tegas insiden bakar al-Quran di Sweden – PEMBELA
Foto: Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hishamuddin
  • Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hishamuddin, berkata, pihaknya menyokong semua usaha termasuk kempen boikot, pelupusan kepentingan (divestment) dan sekatan semua produk ekonomi berkepentingan Sweden.
  • “Kami berpandangan, ini bukan soal kebebasan bersuara tetapi perbuatan jenayah tidak bertamadun yang berselindung di sebalik hak asasi manusia.
  • Sebagai salah sebuah negara maju, Sweden sepatutnya lebih arif dalam perkara ini dan berupaya untuk mencegah dari perkara ini berulang,” katanya.

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengambil langkah lebih tegas menerusi tekanan diplomatik yang wajar supaya kerajaan Sweden mengambil tindakan serius terhadap golongan ekstremis yang mengundang suasana tegang dan kebencian antara agama.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hishamuddin, berkata, pihaknya juga menyokong semua usaha tegas termasuk kempen boikot, pelupusan kepentingan (divestment) dan sekatan ke atas semua produk ekonomi berkepentingan Sweden.

Katanya, ini termasuk tindakan undang-undang yang dibenarkan untuk memastikan hasrat pelbagai bantahan disuarakan ramai pihak sebelum ini sampai ke sasarannya.

“Kami berpandangan, ini bukan soal kebebasan bersuara tetapi perbuatan jenayah tidak bertamadun yang berselindung di sebalik hak asasi manusia.

“Sebagai salah sebuah negara maju, Sweden sepatutnya lebih arif dalam perkara ini dan berupaya untuk mencegah dari perkara ini berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PEMBELA yang mewakili gabungan lebih daripada 50 NGO Islam tegas membantah tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik haluan kanan, Rasmus Paludan dan sikap pilih kasih kerajaan Sweden dalam mengekang tindakan-tindakan Islamofobia.

Sehubungan itu katanya, PEMBELA akan menggerakkan ahli-ahlinya bersolidariti dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain, dalam menyampaikan memorandum bantahan kepada kedutaan Sweden esok.

“Kami menggesa seluruh umat Islam bersama dalam usaha ini supaya keadilan dalam menegakkan prinsip asas hak asasi manusia tidak dicemari dengan elemen tindakan ‘double standard’ dan kebencian melampau seperti berlaku di Sweden, dibiarkan oleh pihak pemerintah,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author