Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Alternatif minuman boikot, Dua beradik Sweden-Palestin hasilkan “Palestine Cola”

Dua beradik daripada keluarga Sweden-Palestin yang berpangkalan di Malmo, Sweden mengeluarkan jenama minuman berkarbonat baharu bernama “Palestine Cola”.

A.R. Khan

Published

on

Alternatif minuman boikot, Dua beradik Sweden-Palestin hasilkan “Palestine Cola”
Foto: Jenama minuman berkarbonat baharu bernama “Palestine Cola” yang dihasilkan oleh dua beradik daripada keluarga Sweden-Palestin.
  • Dua beradik daripada keluarga Sweden-Palestin yang berpangkalan di Malmo, Sweden mengeluarkan jenama minuman berkarbonat baharu bernama “Palestine Cola”.
  • Ia bertujuan menyediakan alternatif kepada minuman yang diboikot selain sebahagian pendapatannya dirancang untuk dihantar dan menyokong wilayah Gaza di tengah-tengah pencerobohan dahsyat dan berterusan “Israel”.
  • Pengeluar minuman itu adalah sebuah syarikat bebas sepenuhnya tanpa kaitan dengan mana-mana pengeluar minuman ringan lain.
  • “Lebihan” pendapatan jualan mereka juga dikatakan akan disusun dengan teliti dan disalurkan kepada organisasi bantuan membantu rakyat Palestin yang memerlukan, demikian menurut laman web mereka dipetik Roya News.
  • Syarikat itu berkata logo pokok pada tinnya mewakili pokok zaitun kerana Palestin terkenal dengan kebun zaitunnya sejak dahulu lagi dan kini, ia simbol bernilai bagi Palestin.

Dua beradik daripada keluarga Sweden-Palestin yang berpangkalan di Malmo, Sweden mengeluarkan jenama minuman berkarbonat baharu bernama “Palestine Cola”.

Ia bertujuan menyediakan alternatif kepada minuman yang diboikot selain sebahagian pendapatannya dirancang untuk dihantar dan menyokong wilayah Gaza di tengah-tengah pencerobohan dahsyat dan berterusan “Israel”.

Pengeluar minuman itu adalah sebuah syarikat bebas sepenuhnya tanpa kaitan dengan mana-mana pengeluar minuman ringan lain.

“Lebihan” pendapatan jualan mereka juga dikatakan akan disusun dengan teliti dan disalurkan kepada organisasi bantuan membantu rakyat Palestin yang memerlukan, demikian menurut laman web mereka dipetik Roya News.

Syarikat itu berkata logo pokok pada tinnya mewakili pokok zaitun kerana Palestin terkenal dengan kebun zaitunnya sejak dahulu lagi dan kini, ia simbol bernilai bagi Palestin.

Corak di bahagian bawah tin mewakili keffiyeh Palestin, simbol tradisional nasionalisme Palestin; pukat pada tinnya mewakili industri perikanan Palestin; dan simpulan daunnya simbol daun zaitun mewakili kepentingan buah zaitun dalam sejarah keluarga warga Palestin.

Minuman yang dilancarkan dalam satu perisa pada peringkat awal, dengan tujuh perisa tambahan tidak lama lagi itu, hanya dijual di Malmo, Stockholm dan Gothenburg.

Ia mendapat sokongan meluas di media sosial dan premis-premis perniagaan dengan meningkatnya daya tarikan dan berterusan kempen pemboikotan semua jenama antarabangsa dan produk yang menyokong “Israel”.

Palestine Drinks menyatakan matlamat mereka adalah supaya minuman itu tersedia di negara, di mana ramai yang menyokong mesej mereka dan di mana anti-Palestinisme ditolak, di seluruh dunia. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Yahya Sinwar ‘keluar’ lawat kawasan, keluarga tebusan Israel selar kegagalan rejim

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.
  • Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.
  • Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.
  • MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.
  • Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.
  • “Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Keluarga tawanan perang warga Israel yang ditahan di Gaza mengecam kerajaan Israel atas kegagalan mengembalikan keluarga mereka yang ditawan lebih enam bulan di Gaza.

Perkara itu terjadi setelah perang dahsyat ke atas wilayah terkepung itu dicetuskan dengan dakwaan bertujuan untuk membawa keluarga mereka pulang.

MEMO melaporkan perkara itu berlaku ketika tersebarnya berita bahawa Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar datang melawat “kawasan yang menyaksikan pertempuran senjata antara kumpulan penentangan dan tentera pendudukan Israel, di mana dia dilaporkan bertemu dengan beberapa pejuang pergerakan di darat”.

Keluarga itu berkata Sinwar berada di jalanan, manakala “tebusan merana di ruangan bawah tanah,” menggambarkan situasi itu sebagai “imej kegagalan Israel”.

“Berita tentang keluarnya Al-Sinwar ke jalan-jalan di Gaza disahkan dan didedahkan sumber risikan yang boleh dipercayai bahawa dia muncul dari terowong, di mana mereka yang diculik ditempatkan,” kata keluarga itu sambil menambah bahawa jika orang yang diculik bukan keutamaan kerajaan, “tidak akan ada penebusan, dan tidak akan ada kemenangan”.

Ribuan penunjuk perasaan Israel turun ke jalanan pada Sabtu menuntut pilihan raya baharu dan menggesa kerajaan mengambil langkah selanjutnya untuk mengembalikan 133 tawanan perang yang ditahan di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending