Connect with us

Terkini

PrEP: Usaha pencegahan dan rawatan perlu seiring – Mufti Pulau Pinang

Usaha pencegahan dan rawatan jangkitan HIV boleh dijalankan secara serentak, namun dalam waktu sama usaha menghalang jangkitan penyakit berkenaan mesti dilaksanakan juga dengan apa jua cara yang didapati berkesan.

Hidayah Sani

Published

on

PrEP: Usaha pencegahan dan rawatan perlu seiring - Mufti Pulau Pinang
Foto: Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Sememangnya agama Islam larang perlakuan seksual songsang dan di luar perkahwinan sah, namun tidak bererti Islam halang usaha cegah dan rawat penyakit yang berpunca daripada amalan tersebut. 
  • “Apa jua cara dan kaedah berkesan cegah atau basmi HIV/Aids maka Islam mengalu-alukannya. 
  • “Ini termasuk kaedah abstinen/ pantang hindari penyakit berkenaan atau rawat setelah terkena jangkitan. Kita boleh gunakan cara pencegahan dan perawatan sekaligus”.
  • “Para pendakwah, pendidik dan pimpinan pelbagai lapisan masyarakat hendaklah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan para pengamal perubatan dalam menangani gejala HIV / Aids ini.” – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor

KUALA LUMPUR – Usaha pencegahan dan rawatan jangkitan HIV boleh dijalankan secara serentak, namun dalam waktu sama usaha menghalang jangkitan penyakit berkenaan mesti dilaksanakan juga dengan apa jua cara yang didapati berkesan.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata demikian ketika mengulas kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan memperluaskan penggunaan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) termasuk kepada pengamal homoseks bagi mencegah jangkitan HIV.

Sememangnya agama Islam melarang perlakuan seksual songsang dan di luar perkahwinan yang sah, namun ini tidak bererti Islam menghalang daripada usaha mencegah dan merawat penyakit yang berpunca daripada amalan tersebut. 

“Apa jua cara dan kaedah yang berkesan untuk mencegah atau membasmi HIV / Aids maka Islam mengalu-alukannya. 

“Ini termasuk kaedah pantang/abstinen untuk menghindari penyakit berkenaan atau merawat setelah terkena jangkitan. Kita boleh menggunakan cara pencegahan dan perawatan sekaligus,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Mufti Pulau Pinang itu berkata Islam mewajibkan penganutnya berikhtiar untuk merawat dan mengubati apa jua penyakit yang dihidapi. 

Beliau turut memetik sepotong hadis bertaraf Hasan Sahih dikeluarkan At-Tirmizi dan Ibnu Hibban di mana Rasulullah SAW bersabda, “Berubatlah wahai hamba-hamba Allah kerana Allah tidak menjadikan satu penyakit melainkan dijadikan bersamanya ubat (untuk menyembuhkannya) kecuali penyakit tua.”

Bagaimanapun, Wan Salim menegaskan perlakuan songsang wajib ditentang pihak berkuasa dan  sesiapa sahaja menurut kemampuan masing-masing.

“Para pendakwah, pendidik dan pimpinan pelbagai lapisan masyarakat hendaklah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan para pengamal perubatan dalam menangani gejala HIV / Aids ini.

“Sebenarnya masalah pencegahan dan perawatan penyakit ini, Islam tidak mengemukakan cara atau kaedah tertentu kerana ia lebih bergantung kepada pengalaman dan maklumat yang ditemui oleh manusia dari semasa ke semasa. 

“Justru Islam menyerahkan cara dan kaedah pencegahan dan perawatan penyakit kepada pandangan pakar. 

“Pihak berkuasa boleh menerima pandangan pakar yang difikirkan dapat dimanfaatkan untuk membasmi apa jua penyakit yang menjangkiti rakyat berdasarkan kaedah fiqh yang termaklum iaitu “tindak tanduk pemerintah ke atas rakyat (hendaklah) bersandar kepada maslahah atau kepentingan umum,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending