Connect with us

Terkini

Ebit Lew hantar gambar kemaluan lelaki kepada pengadu – Firdaus Wong

“Saya lihat gambar kemaluan lelaki dalam perbualan antara pengadu dan Ebit Lew”.

Wartawan TMT

Published

on

Ebit Lew hantar gambar kemaluan lelaki kepada pengadu - Firdaus Wong
Foto: Firdaus Wong Wai Hung (kanan) & Ebit Lew (kiri)
  • “Saya lihat gambar kemaluan lelaki dalam perbualan antara pengadu dan Ebit Lew”.
  • Demikian keterangan saksi, Firdaus Wong Wai Hung, 39, semasa beri keterangan dalam kes gangguan seksual babitkan Ebit Lew.
  • “Rakaman suara dihantar menerusi aplikasi WhatsApp itu berbunyi: “Tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit”.
  • Mesej cerai dan ayat lucah lain dihantar Ebit dalam bentuk tulisan atau mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.
  • Semasa pertemuan, pengadu dan suaminya lahirkan rasa sedih dan marah kerana tidak sangka tokoh yang mereka sanjung sanggup hantar mesej lucah sebegitu.
  • Perbicaraan bersambung semula pada pukul 2.30 petang ini.

 

TENOM: “Saya lihat gambar kemaluan lelaki dalam perbualan antara pengadu dan Ebit Lew”.

Demikian keterangan saksi, Firdaus Wong Wai Hung, 39, semasa memberi keterangan dalam kes gangguan seksual yang membabitkan Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37.

Firdaus memaklumkan kepada mahkamah beliau turut mendengar rakaman suara yang didakwa dihantar oleh tertuduh.

“Rakaman suara yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp itu berbunyi: “Tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit”.

Firdaus semasa menjawab soalan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria yang memintanya menjelaskan mesej dan gambar lucah yang dilihat melalui telefon bimbit pengadu turut membacakan mesej berbaur lucah tersebut.

Menurut Firdaus yang juga seorang pendakwah, mesej cerai dan ayat lucah yang lain dihantar oleh Ebit dalam bentuk tulisan atau mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, semasa pertemuan dengan pengadu, pengadu dan suaminya melahirkan rasa sedih dan marah kerana mereka tidak menyangka seorang tokoh yang mereka sanjung sanggup menghantar mesej lucah sebegitu.

Pengadu dan suaminya juga agak marah kerana Ebit Lew tidak menunjukkan rasa bersalah selepas kejadian berkenaan dilaporkan.

Saksi turut mendedahkan kewujudan kumpulan WhatsApp yang dinamakan sebagai Nobody yang dianggotai oleh beliau sendiri bersama Akhi Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Abu, 37, serta dua lagi individu lain yang merupakan penasihat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslim (MRM).

Kumpulan Nobody itu digunakan bagi membincangkan tentang cara untuk membantu mangsa menuntut keadilan selepas bukti-bukti berkaitan diperoleh daripada mangsa.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Justeru, beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Perbicaraan kes itu dilakukan di hadapan Majistret, Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Zahida bersama dua Timbalan Pendakwa Raya lain iaitu Nor Azizah Mohamad dan Nur Masrin Amalia.

Sementara itu, Ebit diwakili Peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut.

Perbicaraan kes ditangguhkan dan bersambung semula pada pukul 2.30 petang ini. – UTUSAN

 

Sumber : Utusan 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending