Video
[VIDEO] Siti Kasim mahu pisahkan agama daripada politik dan pendidikan
Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim berjanji untuk menghentikan penyalahgunaan agama oleh ahli politik bagi “menghalalkan” kesalahan mereka.
![[VIDEO] Siti Kasim mahu pisahkan agama daripada politik dan pendidikan](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/11/video-siti-kasim-mahu-pisahkan-agama-daripada-politik-dan-pendidikan.jpg)
- Calon bebas, Siti Kasim mahu memisahkan agama daripada pendidikan kerana dia berpendapat pengajian agama perlu diketepikan dan lebih memfokuskan kepada subjek Sains, Matematik dan pengajian bahasa.
- Di samping itu, ujarnya, dia berjanji untuk menghentikan penyalahgunaan agama oleh ahli politik bagi “menghalalkan” kesalahan mereka dan menyebut PH tidak menyentuh isu sensitif itu.
- “Pada pandangan saya, penggunaan agama merupakan punca kepada semua masalah di Malaysia.
- “Ahli politik harus berhenti menggunakan agama sebagai senjata untuk kekal berkuasa terus mencuri dan merompak negara,” katanya.
KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim berjanji untuk menghentikan penyalahgunaan agama oleh ahli politik bagi “menghalalkan” kesalahan mereka.
Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) enggan menyentuh isu sensitif itu, justeru dirinya akan berbuat demikian sebagai calon bebas bagi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurutnya, penggunaan agama dalam kerajaan oleh ahli politik kini menjadi perkara biasa dan isu tersebut tidak pernah diperkatakan oleh PH.
“Pada pandangan saya, penggunaan agama merupakan punca kepada semua masalah di Malaysia.
“Ahli politik harus berhenti menggunakan agama sebagai senjata untuk kekal berkuasa terus mencuri dan merompak negara,” katanya semasa siaran langsung ceramah bertajuk “Malaysia di Persimpangan” anjuran Malaysia 360 hari ini.
Di samping itu, Siti Kasim juga mahu memisahkan agama daripada pendidikan kerana dia berpendapat pengajian agama perlu diketepikan dan lebih memfokuskan kepada subjek Sains, Matematik dan pengajian bahasa.
Ini merujuk kepada masa di sekolah pada 1970-an dan awal 1980-an, di mana dia hanya mempunyai satu subjek agama setiap minggu dan tidak wajib bagi pelajar untuk lulus mata pelajaran itu.
Siti Kasim kemudian berkata, ketika itu tumpuan diberi kepada subjek Sains dan Matematik, dengan tambahan subjek Pendidikan Sivik.
Sumber: News Straits Times
