Antarabangsa
[VIDEO] Perdana Menteri Britain isytihar diri zionis
Perdana Menteri Britain, Liz Truss mengisytiharkan dia adalah seorang Zionis dan penyokong besar Israel, demikian katanya dalam sebuah video yang diulang kongsi di laman sosial.
![[VIDEO] Perdana Menteri Britain isytihar diri zionis](https://cdn.themerdekatimes.com/wp-content/uploads/2022/10/video-perdana-menteri-britain-isytihar-diri-zionis.jpg)
Perdana Menteri Britain, Liz Truss mengisytiharkan dia adalah seorang Zionis dan penyokong besar Israel, demikian katanya dalam sebuah video yang diulang kongsi di laman sosial.
Video yang telah diulang kongsi di laman sosial itu menunjukkan Truss berucap di acara Rakan Konservatif Israel (CFI) ketika berlangsungnya persidangan musim luruh partinya di Birmingham.
Katanya, “Saya sangat berbesar hati berada di sini buat kali pertama pada acara CFI sebagai Perdana Menteri anda”.
“Seperti yang anda sedia maklum, saya seorang Zionis dan penyokong kuat Israel, dan saya yakin bahawa kita boleh memperkukuh hubungan UK-Israel” tambahnya.
Terdahulu, Liz Truss juga pernah mengumumkan kepada CFI ketika pencalonannya sebagai Perdana Menteri Britain awal tahun ini, bahawa dia akan mempertimbangkan untuk memindahkan kedutaan Britain di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
