Connect with us

Terkini

“Dua tahun PH diam diri, Anwar Ibrahim tidak mahu sebarang kerjasama dengan saya,” – Waytha Moorthy

“Dua tahun adalah penantian yang sangat lama. PH berdiam diri bukan pilihan bagi saya,” demikianlah luahan bekas Menteri Perpaduan Negara, P Waytha Moorthy kepada The Merdeka Times.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

“Dua tahun PH diam diri, Anwar Ibrahim tidak mahu sebarang kerjasama dengan saya,” - Waytha Moorthy
Foto: Bekas Menteri Perpaduan Negara, P Waytha Moorthy, sumber The Malaysian Reserve.
  • “Dua tahun adalah penantian yang sangat lama. PH berdiam diri bukan pilihan bagi saya,” demikianlah luahan bekas Menteri Perpaduan Negara, P Waytha Moorthy kepada The Merdeka Times.
  • Beliau menerima banyak panggilan telefon termasuk dari PH dalam lawatan ke rumah terbuka Deepavali, baru-baru ini.
  • “Saya telah menunggu cukup lama untuk jawapan Pakatan terhadap permintaan saya menyertai gabungan mereka.
  • “Saya rasa Anwar Ibrahim tidak mahu sebarang kerjasama daripada saya. Saya menghormati keputusannya dan perlu meneruskan demi masyarakat yang saya wakili.

KUALA LUMPUR – “Dua tahun adalah penantian yang sangat lama. PH berdiam diri bukan pilihan bagi saya,” demikianlah luahan bekas Menteri Perpaduan Negara, P Waytha Moorthy kepada The Merdeka Times.

Katanya, menerima banyak panggilan telefon termasuk dari Pakatan Harapan (PH) dalam lawatan ke rumah terbuka Deepavali, baru-baru ini.

“Saya telah menunggu cukup lama untuk jawapan Pakatan terhadap permintaan saya menyertai gabungan mereka. 

“Saya rasa Anwar Ibrahim tidak mahu sebarang kerjasama daripada saya. Saya menghormati keputusannya dan perlu meneruskan demi masyarakat yang saya wakili.

“Sebagai ketua parti yang mewakili masyarakat India yang tertindas, keutamaan saya ialah menyelesaikan misi yang saya mulakan 17 tahun lalu,” ujarnya yang menubuhkan Hindraf.

Antara misi lain, sambungnya, untuk meneruskan urusan yang belum selesai iaitu meletakkan kaum India dalam ekonomi arus perdana negara dan memastikan mereka ditempatkan sepenuhnya dalam sistem kerajaan.

“Seterusnya, saya berhasrat untuk menyediakan dan mewujudkan peluang kepada belia baik dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

“Saya juga ingin menangani kemiskinan tegar yang menjejaskan peratusan besar masyarakat.

“Saya mahu melatih golongan muda dan mendedahkan mereka kepada teknologi masa depan IR 4.0 supaya mereka berkemahiran tinggi,” jelasnya.

Selain itu, misi Waytha adalah untuk menyediakan alternatif dan penyelesaian kepada pelajar yang tercicir untuk membangunkan kemahiran.

“Ini supaya kapasiti pendapatan mereka sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada gaji minimum negara.

“Misi saya ini sekali gus menunjukkan jalan yang jelas kepada masyarakat untuk pembangunan sosio ekonomi mereka.

“Untuk melakukan semua ini, saya telah lama dahulu merangka pelan- pelan yang akan memberi penyelesaian kepada kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat secara kekal dan menyeluruh,” katanya yang tidak mahu mempolitikkan isu yang dihadapi oleh masyarakat. 

Menurutnya, adalah penting bagi sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri agar memahami isu yang dihadapi oleh masyarakat India.

“Apa yang penting bagi saya ialah menyokong seorang PM yang akan membantu saya dalam membina komuniti kita dan memenuhi perjalanan hidup dan misi saya.

“Itu kata sepakat yang saya telah usahakan dengan Datuk Seri Zahid Hamidi. Dia menyokong inisiatif dan rancangan saya untuk masyarakat India. 

“Justeru, saya dan MAP akan menyokong BN di bawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi,” katanya.- The Merdeka Times

Author

Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending