Connect with us

Terkini

Doktor pakar bidas netizen sifatkan wanita mudah bersalin, bila suami maafkan dosanya

“Kesian dekat ibu-ibu Malaysia ini, bila susah nak bersalin, difitnah sebab banyak dosa la. Bila senang bersalin, diberi kredit kepada makanan la, produk overclaim la. Sekarang ini suami pula nak ambil kredit.”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Doktor pakar bidas netizen sifatkan wanita mudah bersalin, bila suami maafkan dosanya
Foto: Imelda Balchin.
  • “Kesian dekat ibu-ibu Malaysia ini, bila susah nak bersalin, difitnah sebab banyak dosa la. Bila senang bersalin, diberi kredit kepada makanan la, produk overclaim la. Sekarang ini suami pula nak ambil kredit.” – Dr. Imelda Balchin.
  • Bagaimanapun, terdapat netizen lain mengingatkan bahawa komen lelaki tersebut juga perlu dilihat dari sisi positif.
  • Ini berikutan, apa cuba disampaikan lelaki tersebut adalah redha seorang suami juga sama penting dalam membantu mempermudahkan banyak urusan malah katanya kenyataan dibuat bukanlah bersifat ingin merendahkan kaum ibu sebaliknya hanya petua yang ingin dikongsikan bersama.

KUALA LUMPUR – “Kesian dekat ibu-ibu Malaysia ini, bila susah nak bersalin, difitnah sebab banyak dosa la. Bila senang bersalin, diberi kredit kepada makanan la, produk overclaim la. Sekarang ini suami pula nak ambil kredit.”

Perunding Kesihatan Wanita dan Kehamilan Berisiko Tinggi, Dr. Imelda Balchin berkata demikian susulan terdapat seorang pengguna Facebook yang mendakwa bahawa isterinya dimudahkan proses bersalin sebanyak empat kali ekoran dia sudah memaafkan segala kesalahan dan dosa isterinya tersebut.

Komen dibuat lelaki tersebut, atas maklum balas kepada hantaran Dr. Imelda Balchin sebelum ini yang mengingatkan agar seorang ibu diberikan kredit jika mudah bersalin bukannya memberi penghargaan kepada makanan dimakan ibu tersebut mahupun sebarang produk ‘overclaim’ yang disifatkan mengarut.

Berikutan itu, Dr. Imelda yang sememangnya terkenal dengan ketegasannya melawan produk-produk ‘overclaim’ serta pantang larang mengarut ketika ibu sedang hamil membuat kenyataan balas ke atas komen lelaki itu.

komen Imelda Balchin FB

Dalam pada itu, ketika The Merdeka Times menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen yang majoritinya wanita turut menyokong pandangan daripada Dr. Imelda dan menyifatkan lelaki sebegitu seolah berlagak maksum.

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang mengingatkan netizen bahawa komen lelaki tersebut juga perlu dilihat dari sisi positif.

Ini berikutan, apa yang cuba disampaikan lelaki tersebut adalah redha seorang suami juga sama penting dalam membantu mempermudahkan banyak urusan malah katanya kenyataan dibuat bukanlah bersifat ingin merendahkan kaum ibu sebaliknya hanya petua yang ingin dikongsikan bersama.

FB status Imelda Balchin

Sumber : Facebook Imelda Balchin

 

Author