Connect with us

Komuniti

Bajet 2023: RM2,500 diberi bagi isi rumah berpendapatan kurang RM2,500

Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bajet 2023: RM2,500 diberi bagi isi rumah berpendapatan kurang RM2,500
Foto: RM2,500 diberi bagi isi rumah berpendapatan kurang RM2,500.
  • Sebanyak RM2,500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.
  • Ia adalah kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.
  • BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak..Isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada bilangan anak.

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, berkata ia adalah kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.

Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan.

“Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada bilangan anak,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *