Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Peragaan fesyen di halaman masjid, penganjur didenda ikut kelas pengajian

Tular satu video di media sosial, menunjukkan sebuah pekarangan masjid dijadikan ‘pentas’ peragaan pertunjukkan fesyen hingga mengundang kecaman para netizen, lapor Tribunnews pada Selasa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peragaan fesyen di halaman masjid, penganjur didenda ikut kelas pengajian
Foto: Sekumpulan lelaki dan wanita dilihat berkumpul di halaman Masjid Agung Ciamis untuk melakukan pertunjukan fesyen.

JAWA BARAT – Tular satu video di media sosial, menunjukkan sebuah pekarangan masjid dijadikan ‘pentas’ peragaan pertunjukkan fesyen hingga mengundang kecaman para netizen, lapor Tribunnews pada Selasa.

Berdasarkan video tular itu, sekumpulan lelaki dan wanita dilihat berkumpul di halaman Masjid Agung Ciamis untuk melakukan pertunjukan fesyen, kemudiaannya mereka berjalan sambil memperagakan pakaian dan aksesori masing-masing. Beberapa individu lain pula dilihat turut merakam gambar pertunjukan tersebut, pada Ahad.

Perbuatan tersebut disifatkan melanggar norma agama dan kesopanan kerana ia melibatkan tempat ibadat, hingga mengundang kecaman ketika video tersebut dimuat naik di laman Tiktok dan Instagram.

Susulan itu, Ketua Jurusolek (MUA) Community Ciamis, yang juga penganjur acara tersebut, Santi Novianti tampil memohon maaf dan menjelaskan bahawa pertunjukan fesyen itu dilakukan secara spontan.

“Kami meminta maaf daripada seluruh penduduk Ciamis terutamanya pihak Dewan Kesejahteraan Masjid (DKM) dan para ulama. Tidak ada unsur sengaja (pertunjukan fesyen), semuanya di luar jangkaan kami. Tiada juga niat kami untuk sengaja menjadi tular,” katanya.

Penganjur fesyen di masjid memohon maaf

Pada masa sama, Ketua DKM Masjid Agung Ciamis, KH Wawan S Arifin berkata, pihaknya akan memberikan hukuman kepada penganjur acara itu, iaitu mereka diwajibkan mengikuti pembelajaran di Masjid Agung Ciamis dua minggu sekali, setiap petang Ahad.

Tambah Wawan, kejadian itu berlaku akibat kelalaian pihak penganjur kerana mereka pada awalnya mengadakan acara tersebut di Alun-alun Ciamis bagaimanapun, ia secara tiba-tiba beredar ke pekarangan masjid.

Sumber : Tribunnews

Author