Antarabangsa
Rusia bakal bekalkan petrol, diesel, gas dan gandum setiap tahun kepada Afghanistan
Taliban menandatangani perjanjian sementara dengan Rusia yang akan menyaksikan Moscow membekalkan gasoline/petrol, diesel, gas dan gandum kepada Afghanistan, kata pemangku Menteri Perdagangan dan Industri Afghanistan, Nooruddin Azizi pada Selasa lalu.

- Taliban menandatangani perjanjian sementara dengan Rusia yang akan menyaksikan Moscow membekalkan gasoline/petrol, diesel, gas dan gandum kepada Afghanistan.
- Perjanjian itu akan menyaksikan Rusia membekalkan sekitar satu juta tan gasoline/petrol, satu juta tan diesel, 500,000 tan gas petroleum cecair dan dua juta tan gandum setiap tahun.
- Perjanjian itu akan berlangsung untuk tempoh percubaan yang masih tidak dapat ditentukan tempohnya, selepas itu kedua-dua pihak dijangka menandatangani perjanjian jangka panjang jika mereka berpuas hati dengan kerjasama itu.
- Perjanjian antara Afghanistan-Rusia itu merupakan perjanjian ekonomi antarabangsa utama pertama dimeterai Taliban sejak ia kembali berkuasa lebih setahun lalu.
Taliban menandatangani perjanjian sementara dengan Rusia yang akan menyaksikan Moscow membekalkan gasoline/petrol, diesel, gas dan gandum kepada Afghanistan, kata pemangku Menteri Perdagangan dan Industri Afghanistan, Nooruddin Azizi pada Selasa lalu.
Agensi berita Reuters melaporkan Azizi sebagai berkata, kementeriannya sedang berusaha untuk mempelbagaikan rakan dagangannya dan menyatakan bahawa Rusia telah menawarkan pentadbiran Taliban diskaun ke atas purata harga komoditi global.
Perjanjian itu akan menyaksikan Rusia membekalkan sekitar satu juta tan gasoline/petrol, satu juta tan diesel, 500,000 tan gas petroleum cecair dan dua juta tan gandum setiap tahun.
Azizi berkata perjanjian itu akan berlangsung untuk tempoh percubaan yang masih tidak dapat ditentukan tempohnya, selepas itu kedua-dua pihak dijangka menandatangani perjanjian jangka panjang jika mereka berpuas hati dengan kerjasama itu.
Perjanjian antara Afghanistan dan Rusia itu dimuktamadkan selepas pasukan teknikal Afghanistan menghabiskan beberapa minggu perbincangan di Moscow susulan kunjungan Azizi ke negara itu bulan lalu.
Langkah itu merupakan perjanjian ekonomi antarabangsa utama pertama dimeterai Taliban sejak ia kembali berkuasa lebih setahun lalu, sekali gus mampu membantu mengurangkan pengasingan negara itu dek sekatan ekonomi yang secara berkesannya memutuskan Afghanistan daripada sistem perbankan global.
Tiada negara mengiktiraf Taliban secara rasmi, yang melakukan penentangan selama 20 tahun ke atas kuasa Barat dan sekutunya di Afghanistan sehinggalah ia menawan Kabul selepas tentera Amerika Syarikat berundur.
Rusia tidak mengiktiraf kerajaan Taliban secara rasmi tetapi Moscow menjadi tuan rumah kepada pemimpin pergerakan itu menjelang kejatuhan Kabul dan kedutaannya adalah salah satu daripada misi asing yang masih dibuka di ibu negara Afghanistan.
Sumber: TRT World
Antarabangsa
Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

- Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
- Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
- Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
- “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
- “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.
Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.
Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.
Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.
Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.
Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.
Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.
Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI
Sumber: Berita Harian
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel