Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Afghanistan tidak benarkan rumah ada tingkap supaya wanita tidak dilihat?

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Wanita Malaysia yang menetap di Afghanistan, Nabilah Shahrudin

KUALA LUMPUR — Seorang wanita Malaysia yang menetap di Afghanistan sejak lima tahun lalu menafikan dakwaan bahawa kerajaan baru negara itu melarang wanita daripada bercakap, keluar rumah atau menetapkan syarat bahawa rumah tidak boleh mempunyai tingkap untuk menghalang wanita daripada dilihat oleh orang luar.

Malah, Nabilah Shahrudin yang kini menetap di Mazar E Sharif dan mengahwini warga Afghanistan menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai kelakar dan pelik, apabila berita itu hanya diketahui oleh mereka dari orang luar atau media luar, sedangkan penduduk negara itu tidak tahu menahu berkenaannya.

“Saya tahu daripada Telegraph (berkenaan berita itu)… Saya tengok Snapchat kan, klik-klik-klik nampak ada Telegraph, ada berita, “Kerajaan baru Afghanistan tak benarkan wanita bercakap, tak benarkan wanita keluar, tak benarkan wanita bercakap kuat dalam rumah, apa semua”. 

“Saya baca ni, saya ‘apa benda ya?,’ Kenapa saya tak tahu… So, saya tanya mother-in-law (ibu mertua). Ini betul ke ni? Eh, tak tahu pun”, lepas tu, saya tanya aunty yang duduk dekat sana. Saya tanya orang ni, saya tanya orang tu, semua tak tahu yang tahu pun daripada luar.

“Lepas tu, saya tanya suami saya, (apa) benda ni? Ah-ah lah, saya dah baca benda ni, tapi dekat mana? Dekat Uzbekistan News tapi yang dalam Afghanistan semua tak tahu… Itu yang kelakarnya,” kata Nabilah menerusi episod terbaru podcast Garis Krisis (GK) bertajuk, “Tiada langsung halangan untuk wanita keluar di Afghanistan”.

Podcast GK terbitan Studio Merdeka itu bersiaran di Youtube The Merdeka Times pada Sabtu lalu yang dihoskan petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain.

Nabilah yang turut membuka perniagaan jubah abaya “made in Afghanistan” di bawah jenama “Begum” di negara itu, mendakwa larangan yang diuar-uarkan itu juga sehingga hari ini tidak pernah berlaku.

“Lepas tu, banned tu sampai sekarang tak terjadi…tak ada benda tu… Sebenarnya, pada hari yang sama, berita tu keluar, saya pergi pasar, saya beli kain, saya beli apa semua yang saya nak (dan saya jumpa) semua wanita dekat bazaar tu.

“Kalau wanita tak boleh keluar, habislah bazaar tu. Memang tak ada orang beli…Yang menjual lelaki, yang pergi shopping (semua) wanita,” kata Nabilah menerusi epsiode terbaru podcast Garis Krisis (GK) bertajuk, “Tiada langsung halangan untuk wanita keluar di Afghanistan”.

Podcast GK terbitan Studio Merdeka itu bersiaran di Youtube The Merdeka Times pada Sabtu lalu yang dihoskan petugas kemanusiaan, Lila Ruzaini Hussain.

Afghanistan kini diperintah Emiriah Islam Afghanistan (IEA) diterajui Taliban ekoran pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) pada Ogos 2021 selepas 20 tahun AS berada di negara itu dan menyokong kerajaan republik sebelumnya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *