Connect with us

Antarabangsa

Insiden tembakan rambang di sekolah, biarawati gesa pembuat senjata api ubah polisi penjualan

Dua syarikat pembuat senjata api terbesar di Amerika Syarikat (AS), Sturm Ruger dan Smith & Wesson digesa mengamalkan polisi hak asasi manusia secara menyeluruh, khususnya dalam penjualan dan pemilikan senjata api di negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Insiden tembakan rambang di sekolah, biarawati gesa pembuat senjata api ubah polisi penjualan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua syarikat pembuat senjata api terbesar di Amerika Syarikat (AS), Sturm Ruger dan Smith & Wesson digesa mengamalkan polisi hak asasi manusia secara menyeluruh, khususnya dalam penjualan dan pemilikan senjata api di negara itu.
  • Ia ekoran peningkatan kes kematian membabitkan senjata api di Amerika Syarikat sejak tahun 2000-an, terutamanya membabitkan insiden tembak menembak di sekolah.
  • Ketua The Northwest Coalition for Responsible Investment, Biarawati Judy Byron berkata, pihaknya tidak berputus asa untuk meyakinkan syarikat pembuat senjata api AS itu untuk mengkaji semula operasi mereka.
  • Pada mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat terbabit 12 September lalu, Byron mewakili kumpulannya mencadangkan syarikat pembuat senjata api melihat semula bagaimana operasi mereka memberikan kesan kepada hak individu lain.

Dua syarikat pembuat senjata api terbesar di Amerika Syarikat (AS), Sturm Ruger dan Smith & Wesson digesa mengamalkan polisi hak asasi manusia secara menyeluruh, khususnya dalam penjualan dan pemilikan senjata api di negara itu.

Ia ekoran peningkatan kes kematian membabitkan senjata api di Amerika Syarikat sejak tahun 2000-an, terutamanya membabitkan insiden tembak menembak di sekolah.

Ketua The Northwest Coalition for Responsible Investment, Biarawati Judy Byron berkata, pihaknya tidak berputus asa untuk meyakinkan syarikat pembuat senjata api AS itu untuk mengkaji semula operasi mereka

The Northwest Coalition for Responsible Investment adalah konsortium 14 organisasi agama pemegang saham syarikat pembuat senjata api terbabit.

Pada mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat terbabit secara online pada 12 September lalu, Byron mewakili kumpulannya mencadangkan syarikat pembuat senjata api melihat semula bagaimana operasi mereka memberikan kesan kepada hak individu lain.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak diterima.

“Di Washington, kami ada latihan kebakaran dan latihan gempa bumi. Tetapi tidak pernah dalam seumur hidup saya membayangkan seseorang bersenjata api akan datang ke sekolah saya,” kata Byron dari Adrian Dominican Sisters di Michigan.

Advertisement

Bryon juga merupakan bekas guru di sekolah katolik di Seattle.

Tambahannya, banyak perkara boleh dilakukan oleh pihak pengeluar senjata api itu sendiri.

“Setiap kali berlakunya kejadian (insiden membabitkan senjata api), semua pihak akan mengeluarkan kenyataan termasuk dari Persatuan Senapang Kebangsaan (NRA). Tetapi kita tidak pernah mendengar sebarang kenyataan dari syarikat pengeluar senjata api,” katanya.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada 2020 melaporkan lebih 45,000 kematian berlaku membabitkan senjata api di AS iaitu anggaran 124 orang maut sehari. 

Daripada jumlah itu, lebih separuh adalah kes bunuh diri dan lebih 40 peratus adalah kes bunuh.

Sebanyak 75 kejadian tembak menembak di sekolah dilaporkan di Amerika Syarikat sejak 2020 dengan kes terbaru di Oakland, California pada Ogos lalu.

Advertisement

Kejadian yang kerap berlaku di negara itu sejak tahun 2000-an itu bukan sahaja mencederakan dan mengorbankan nyawa mereka di bawah umur, malah mengakibatkan trauma pada mangsa.

Sumber: Time

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending