Connect with us

Terkini

Individu ‘berpeluk tubuh’ saat lihat kanak-kanak didera bakal berdepan hukuman – KPWKM

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius mengenai isu membabitkan pelakon remaja yang mendakwa menjadi mangsa penderaan dan gangguan seksual bapanya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Individu ‘berpeluk tubuh’ saat lihat kanak-kanak didera bakal berdepan hukuman - KPWKM
Foto: Siti Zailah (depan) bersama tetamu dan peserta Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak, sumber Sinar Harian.
  • Individu yang mengambil sikap ‘berpeluk tubuh’ dalam melaporkan kes penderaan bakal berdepan hukuman.
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius isu dakwaan pelakon remaja yang menjadi mangsa penderaan gangguan seksual bapanya.
  • KPWKM sudah merujuk polis yang menyiasat kes itu dan dimaklumkan perkara itu sedang dalam perhatian.
  • Pihaknya berharap agar tindakan sewajarnya diambil jika apa yang diperkatakan itu benar berlaku demi mendapatkan keadilan sewajarnya.

PASIR MAS – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius mengenai isu membabitkan pelakon remaja yang mendakwa menjadi mangsa penderaan dan gangguan seksual bapanya.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya sudah merujuk polis yang menyiasat kes itu dan dimaklumkan perkara itu sedang dalam perhatian.

“Jika benar, isu itu serius dan sebagai ibu bapa seharusnya tidak ‘berpeluk tubuh’ dalam apa juga perkara berkaitan penderaan kanak-kanak.

“Saya juga ingin maklumkan di sini bahawa individu yang mengambil sikap ‘berpeluk tubuh’ daripada melaporkan kes penderaan kanak-kanak, sedangkan mengetahui apa yang berlaku, bakal berdepan hukuman dan kewajipan terbabit selaras dengan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001, yang diluluskan pada 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak di sini pada Selasa.

Siti Zailah menegaskan, pihaknya berharap agar tindakan sewajarnya diambil jika apa yang diperkatakan itu benar berlaku demi mendapatkan keadilan sewajarnya.

Pelakon remaja itu baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapanya.

Pendedahan pelakon itu turut menerima respons Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina memaklumkan bersedia bertemu dengan pelakon tersebut untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *