Antarabangsa
Hijab bukanlah penghalang bersukan, atlet wanita Iran cipta sejarah
Atlet wanita Iran mencipta sejarah dengan pencapaian luar biasa dalam pertandingan Sukan Negara Islam, sekali gus membuktikan hijab bukanlah penghalang kejayaan.
- Atlet wanita Iran berhijab mencipta sejarah dengan pencapaian luar biasa dengan memenangi beberapa kategori dalam pertandingan Sukan Negara Islam.
- Pencapaian itu jelas mempamerkan hijab bukan penghalang bagi memperoleh kejayaan susulan banyak atlet wanita Iran berhijab menyertai arena sukan antarabangsa.
- Lebih 4,000 atlet dari 56 negeri bertanding di Sukan Solidariti Islam edisi kelima diadakan dari 9 hingga 18 Ogos 2022 berlangsung di Konya, Turkiye, melibatkan 19 sukan dan empat sukan paralimpik.
TEHRAN – Atlet wanita Iran mencipta sejarah dengan pencapaian luar biasa dalam pertandingan Sukan Negara Islam, sekali gus membuktikan hijab bukanlah penghalang kejayaan.
Sukan Solidariti Islam edisi kelima diadakan dari 9 hingga 18 Ogos 2022 berlangsung di Konya, Turkiye di bawah naungan Persekutuan Sukan Solidariti Islam (ISSF).
Lebih 4,000 atlet dari 56 negeri bertanding dalam temasya itu melibatkan 19 sukan dan empat sukan paralimpik.
Mengulas kepentingan hijab dan sukan, Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei pada 13 Mei 2018 berkata, setiap individu perlu menghargai dari lubuk hati mereka mengenai atlet wanita menyertai arena sukan antarabangsa dengan mengenakan hijab dengan sopan.
“Hakikat bahawa atlet wanita yang menyertai arena sukan dengan hijab (pakaian sopan Islam) adalah sangat penting,” kata Ali Khamenei dipetik laporan agensi berita MEHR.
Berkat sokongan padu kerajaan, atlet wanita Iran dapat merangkul pelbagai pingat dalam acara itu sambil menampilkan hijab sebagai budaya Islam.
Antara pemenang atlet wanita Iran ialah Seyyedeh Elham Hosseini merangkul pingat emas dalam acara angkat berat, Nahid Kiani pingat emas dalam sukan taekwondo, Gisa Bayburdi, pemanah wanita Iran, yang turut memenangi pingat emas dalam acara itu.
Sumber: MEHR News