Connect with us

Antarabangsa

Enggan panggil nama pilihan pelajar transgender, Guru di Kansas menang kes mahkamah terima bayaran penyelesaian RM426,786

Seorang guru di Kansas yang enggan memanggil pelajar transgender atau bukan binari dengan nama atau ganti nama pilihan pelajar terbabit ekoran faktor agama yang menghalangnya berbuat demikian, dibayar USD95,000 (RM426,768) dalam penyelesaian di luar mahkamah yang memihak kepada guru terbabit.

Wartawan TMT

Published

on

Enggan panggil nama pilihan pelajar transgender, Guru di Kansas menang kes mahkamah terima bayaran penyelesaian RM426,786
Foto: Sekolah Menengah Fort Riley.
  • Seorang guru di Kansas yang enggan memanggil pelajar transgender dengan nama atau ganti nama pilihan pelajar terbabit ekoran faktor agama menghalangnya berbuat demikian, dibayar USD95,000 (RM426,768) dalam penyelesaian di luar mahkamah yang memihak kepada guru terbabit.
  • Guru matematik di Sekolah Menengah Fort Riley, Pamela Ricard sebelum ini digantung tugas kerana melanggar Dasar Kepelbagaian dan Inklusif Sekolah Daerah Geary yang menetapkan pendidik merujuk pelajar mengikut nama atau kata ganti nama pilihan (kecenderungan) mereka. 
  • Pamela enggan memanggil nama atau kata ganti nama pilihan pelajar transgender (dan bukan binari) atas sebab ia melanggar kepercayaan agamanya.
  • “Tiada pejabat pendidikan daerah yang boleh memaksa guru dengan sengaja menipu ibu bapa atau terlibat dalam sebarang ucapan yang melanggar pegangan kepercayaan agama mereka,” kata Pengarah Pusat Kebebasan Akademik dari ‘Alliance Defending Freedom’, Tyson Langhofer.

Seorang guru di Kansas yang enggan memanggil pelajar transgender atau bukan binari dengan nama atau ganti nama pilihan pelajar terbabit ekoran faktor agama yang menghalangnya berbuat demikian, dibayar USD95,000 (RM426,768) dalam penyelesaian di luar mahkamah yang memihak kepada guru terbabit.

Penyelesaian kes membabitkan pihak berkuasa pendidikan daerah itu dimaklumkan peguambela guru terbabit.

Guru matematik di Sekolah Menengah Fort Riley, Pamela Ricard sebelum ini digantung tugas kerana melanggar Dasar Kepelbagaian dan Inklusif Sekolah Daerah Geary yang menetapkan pendidik merujuk pelajar mengikut nama atau kata ganti nama pilihan (kecenderungan) mereka. 

Pamela enggan memanggil nama atau kata ganti nama pilihan pelajar transgender (dan bukan binari) atas sebab ia melanggar kepercayaan agamanya.

Mei lalu, Mahkamah Daerah Kansas membenarkan tuntutan Pamela diteruskan dan mendapati “beliau berkemungkinan menang berdasarkan Pindaan Pertama (Perlembagaan AS) atas dasar tuntutan kebebasan beragama dan mahkamah membenarkan tuntutannya menghalang penguatkuasaan dasar komunikasi ibu bapa di daerah terbabit,” kata kenyataan itu.

Berdasarkan penyelesaian yang dicapai itu, kes terbabit ditolak pihak mahkamah, kata wakil Pamela, ‘Alliance Defending Freedom’ dan ‘Kriegshauser Ney Law Group’.

“Tiada pejabat pendidikan daerah yang boleh memaksa guru dengan sengaja menipu ibu bapa atau terlibat dalam sebarang ucapan yang melanggar pegangan kepercayaan agama mereka,” kata Pengarah Pusat Kebebasan Akademik dari ‘Alliance Defending Freedom’, Tyson Langhofer. 

“Kami berbesar hati untuk menyelesaikan kes ini dengan baik bagi pihak Pamela dan kami berharap ia akan menggalakkan pihak berkuasa pendidikan daerah di seluruh negara untuk menyokong kebebasan guru yang dilindungi Perlembagaan untuk mengajar dan berkomunikasi secara jujur ​​kepada kanak-kanak dan ibu bapa,” katanya.

Jurucakap Pihak Berkuasa Sekolah-Sekolah Daerah Geary mengesahkan penyelesaian yang dicapai itu dan enggan mengulas lanjut.

Sumber: CNN

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

“Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas” – Protes Jordan

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel.
  • Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.
  • TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.
  • “Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.
  • Al Jazeera pula melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan.

Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel pada hari kelima protes besar-besaran menggesa penamatan perjanjian damai Jordan bersama jiran zionis di barat negara itu.

TRT melaporkan penunjuk perasaan pada Khamis di kawasan kejiranan Rabieh di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan slogan, “Mereka berkata Hamas pengganas. Seluruh Jordan adalah Hamas”.

“Tiada kedutaan zionis di tanah Jordan” juga antara slogan penunjuk perasaan, menuntut pihak berkuasa menutup kedutaan itu dan menamatkan perjanjian damai 1994 yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Ada plakad tertulis “Amman-Gaza satu takdir”, manakala poster lain pula menggambarkan jurucakap bertopeng pejuang Hamas, Abu Obaida yang menjadi wira masyarakat dunia Arab.

Kedutaan Israel, di mana penunjuk perasaan telah berkumpul selama lima hari berturut-turut telah lama menjadi tempat tumpuan bilamana meningkatnya keganasan di antara Palestin dan Israel.

Al Jazeera melaporkan bantahan terhadap Israel atas perangannya ke atas wilayah Gaza mempamerkan antara bantahan terbesar kemarahan orang awam yang pernah dilihat di Jordan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending