Terkini
Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom hadiri perbicaraan kes gangguan seksual
Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9 pagi bagi menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

- Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9 pagi bagi menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya..
- Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual dan prosiding perbicaraan bermula Selasa hingga Jumaat ini.
- Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.
TENOM – Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom pada jam 9 pagi bagi menghadiri perbicaraan kes gangguan seksual yang dihadapinya.
Ebit Lew, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim dilihat berpakaian serba hitam tiba dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser hitam.
Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual dan prosiding perbicaraan bermula Selasa hingga Jumaat ini.
Petugas media turut berada di pekarangan mahkamah seawal jam 8 bagi mengikuti prosiding berkenaan manakala sekumpulan individu dilihat turut mengiringi bagi memberi sokongan kepada beliau.
Sementara itu, anggota polis pula dilihat dipercayai bagi mengawal situasi semasa.
Sebelum itu, Ebit pada 18 Februari lalu hadir di mahkamah sama bagi pendakwaan semua pertuduhan terhadapnya.
Dia didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.
Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM1,000 bagi setiap pertuduhan berserta dua penjamin.
Ebit Lew tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom di Tenom.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah