Terkini
Duit hilang dalam bank, BNM arah bank beralih daripada sistem OTP kepada sistem yang lebih selamat
Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin mengumumkan lima langkah kawalan tambahan yang perlu diambil institusi kewangan bagi mengukuhkan perlindungan terhadap penipuan kewangan terutamanya dalam talian.

- Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin mengumumkan lima langkah kawalan tambahan yang perlu diambil institusi kewangan bagi mengukuhkan perlindungan terhadap penipuan kewangan terutamanya dalam talian.
- Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, kaedah penipuan atau modus operandi yang diguna pakai oleh penjenayah berkaitan kewangan sentiasa berubah-ubah.
- Antara langkah kawalan tambahan yang digariskan termasuk peralihan penggunaan kata laluan sekali sahaja (OTP) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh.
- Pihak bank dikehendaki memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi terutamanya bagi perkhidmatan perbankan Internet dan mudah alih.
- “Dalam hal ini, BNM dan institusi kewangan serta agensi penguatkuasaan akan menjalankan usaha yang berterusan untuk meningkatkan keberkesanan program kesedaran dan penyebaran maklumat kepada rakyat Malaysia,” – Gabenor BNM.
KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin mengumumkan lima langkah kawalan tambahan yang perlu diambil institusi kewangan bagi mengukuhkan perlindungan terhadap penipuan kewangan terutamanya dalam talian.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, kaedah penipuan atau modus operandi yang diguna pakai oleh penjenayah berkaitan kewangan sentiasa berubah-ubah.
“BNM akan terus mempertingkatkan usaha dan langkah untuk membanteras scam (penipuan) dengan memperkenalkan beberapa kawalan tambahan,” katanya pada majlis pelancaran Pameran Jenayah Kewangan secara maya, di sini,pada Isnin.
Nor Shamsiah berkata, antara langkah kawalan tambahan yang digariskan termasuk peralihan penggunaan kata laluan sekali sahaja (OTP) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada kaedah pengesahan yang lebih kukuh serta memperketatkan peraturan pengesanan penipuan dan bertindak menyekat transaksi yang disyaki terlibat dengan penipuan.
Selain itu, katanya, bank perlu melaksanakan tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama bagi perkhidmatan perbankan dalam talian atau peranti yang selamat; pelanggan akan dihadkan kepada hanya satu peranti mudah alih atau peranti selamat untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian dan semua bank dikehendaki menyediakan talian hotline khusus untuk aktiviti penipuan kewangan.
Menurutnya, pihak bank dikehendaki memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi terutamanya bagi perkhidmatan perbankan Internet dan mudah alih.
“BNM juga mengeluarkan panduan keselamatan kepada industri kewangan dari semasa ke semasa mengenai modus operandi penipuan terkini serta langkah keselamatan tambahan yang perlu diambil oleh bank bagi melindungi simpanan pelanggan mereka.
“BNM juga akan terus memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas institusi kewangan untuk memastikan institusi kewangan sentiasa menetapkan kawalan dan standard keselamatan mereka pada tahap tertinggi dan mengambil langkah pencegahan yang berterusan dan efektif,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Shamsiah berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan penting dalam menangani kegiatan penipuan kewangan dan telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk mewujudkan Pusat Respons Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) bagi memudahkan orang ramai membuat laporan mengenai penipuan kewangan.
“Bagi membanteras jenayah scam (penipuan) ini secara berkesan, kerjasama antara agensi penguatkuasaan amat penting, terutamanya berkaitan perkongsian maklumat.
“Satu inisiatif akan dilaksanakan di antara BNM dengan PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) untuk mempertingkatkan lagi Pusat Respons Scam CCID bagi mewujudkan platform perkongsian maklumat yang lebih sistematik dan memastikan tindakan segera dapat diambil,” katanya.
Beliau berkata, salah satu aspek penting dalam menangani penipuan kewangan ialah meningkatkan kesedaran termasuk modus operandi penipuan dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh orang ramai untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa.
“Dalam hal ini, BNM dan institusi kewangan serta agensi penguatkuasaan akan menjalankan usaha yang berterusan untuk meningkatkan keberkesanan program kesedaran dan penyebaran maklumat kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Pameran Jenayah Kewangan secara maya anjuran Muzium dan Galeri Seni BNM bersama PDRM itu dilaksanakan bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai penipuan kewangan.
Pameran itu dirasmikan secara bersama oleh Nor Shamsiah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan boleh diakses melalui pautan https://museum.bnm.gov.my/fce.
Sumber: Bernama
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China