Connect with us

Terkini

Aib dan jenayah dua perkara berbeza – Menteri Agama

“Saya lebih khuatir ancaman dan keselamatan gadis ini apabila mendedahkan perilaku ayahnya dalam pentas yang terlalu terbuka.”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Aib dan jenayah dua perkara berbeza - Menteri Agama
Foto: Datuk Idris Ahmad (kiri) dan Puteri Balqis (kanan).
  • “Saya lebih khuatir ancaman dan keselamatan gadis ini apabila mendedahkan perilaku ayahnya dalam pentas yang terlalu terbuka.” – Menteri agama.
  • Mangsa perlu segera lapor polis kerana ianya terkandung jenayah seksual yang diperuntukkan undang-undang berat bagi kesalahan dibuat.
  • Beliau turut mengingatkan bahawa aib keluarga perlu dijaga.
  • “Aib dan jenayah dua perkara berbeza, tapi terkait antara satu sama lain bila ianya dibicarakan dalam bab undang-undang.”
  • Malaysia mempunyai undang-undang dan sudah semestinya kita perlu mendahului suatu perkara yang tepat untuk menatijahkan kebenaran.

KUALA LUMPUR – “Saya lebih khuatir ancaman dan keselamatan gadis ini apabila mendedahkan perilaku ayahnya dalam pentas yang terlalu terbuka.”

Kebimbangan itu diluahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menerusi hantaran di Facebook ketika mengulas berkenaan isu tular seorang pelakon remaja perempuan yang mendakwa berhadapan dengan beberapa gangguan seksual daripada bapa kandungannya ketika berusia lima tahun.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu temu bual bersama di akaun YouTube Bros Gang TV.

Berikutan itu, Datuk Idris menegaskan agar individu terbabit perlu segera membuat laporan polis kerana ianya terkandung jenayah seksual yang diperuntukkan undang-undang yang berat bagi kesalahan dibuat.

Katanya, “Kita tidak tahu implikasinya apatah lagi berhadapan dengan keganasan dan kewarasan seseorang manusia yang tidak terjangka.”

Justeru menurutnya, pihak berkuasa terutamanya pihak polis boleh bertindak sewajarnya apabila dibuka kertas siasatan dan boleh membuktikan kebenaran dan kesahihan setiap kesalahan dilakukan. 

Tambahan pula kes tersebut melibatkan ibu dan bapa kandung remaja terbabit.

Bagaimanapun beliau turut mengingatkan bahawa aib keluarga perlu dijaga tambahan lagi usia gadis ini masih muda iaitu berusia 15 tahun.

Jelasnya, dihadapan masih banyak hal yang bakal ditempuhi oleh seorang anak muda disebabkan demikianlah laporan pada pihak berkuasa perlu dibuat agar masa depan insan teraniaya seperti ini mendapat pembelaan sewajarnya.

“Aib dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza, tapi terkait antara satu sama lain bila ianya dibicarakan dalam bab undang-undang. 

Mungkin tajuk berita agak sensasi, tapi pastinya Islam memberi ruang penyelesaian yang lebih tuntas,” katanya yang turut menegaskan bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan sudah semestinya kita perlu mendahului suatu perkara yang tepat untuk menatijahkan kebenaran.

Sementara itu, beliau juga berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia untuk membantu jika laporan dibuat dan akan memberi perlindungan sementara siasatan dijalankan terhadap mangsa ini. 

Bahkan, beliau sendiri boleh membantu dengan autoriti yang ada sebagai seorang Menteri.

Terbaharu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff memaklumkan pelakon remaja perempuan tersebut bersama ibunya sudah membuat laporan polis susulan dakwaan remaja itu dipukul dan menerima gangguan seksual seperti didedahkannya melalui media sosial, baru-baru ini.

Sumber : Facebook Idris Ahmad

 

Author