Connect with us

Terkini

“Setiap rakyat Malaysia berhak dapat pembelaan dan kemuka bukti baharu,” – Azalina

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, ucapannya dalam Taklimat Khas Presiden UMNO pada Sabtu lalu bertujuan membangkitkan hak undang-undang bagi seseorang warganegara Malaysia dan bukannya membenarkan campur tangan dalam badan kehakiman.

Wartawan TMT

Published

on

“Setiap rakyat Malaysia berhak dapat pembelaan dan kemuka bukti baharu,” - Azalina
Foto: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (kanan).
  • Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan melalui ucapannya mengenai hak undang-undang yang perlu dibangkitkan tanpa benarkan campur tangan badan kehakiman. 
  • Beban pembuktian undang-undang terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kes di luar keraguan munasabah dan beliau percaya bahawa penafian perubahan representasi undang-undang adalah berbangkit dalam memberikan keadilan mutlak.
  • Beliau berpegang kepada pepatah ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’ sebagai peraturan asas keadilan.

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, ucapannya dalam Taklimat Khas Presiden UMNO pada Sabtu lalu bertujuan membangkitkan hak undang-undang bagi seseorang warganegara Malaysia dan bukannya membenarkan campur tangan dalam badan kehakiman.

Malah katanya, sebagai bekas pengamal undang-undang sejak 1990 dan penggubal undang-undang sejak 2004, beliau akan menjadi orang terakhir yang membenarkan sebarang campur tangan badan kehakiman oleh eksekutif atau badan perundangan.

Jelas Azalina, dalam ucapan dan pemikirannya, beliau hanya berpegang kepada pepatah ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah’ sebagai peraturan asas keadilan.

“Beban pembuktian undang-undang terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kes mereka di luar keraguan munasabah dan saya percaya bahawa penafian perubahan representasi undang-undang adalah berbangkit dalam memberikan keadilan mutlak.

“Ini terpakai dalam semua kes, termasuk di Mahkamah Rayuan. Adakah saya meminta YB Pekan (Datuk Seri Najib Tun Razak) dibebaskan? Jawapannya adalah tidak,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ia susulan kenyataan yang dibuat Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Thomas Fann yang kecewa dengan pandangannya yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memilih ‘orangnya’ menjadi Peguam Negara (AG).

Jelas Thomas, kenyataan Azalina yang juga Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri itu tidak selari dengan pendiriannya tahun lalu yang mempertahankan pemisahan kuasa dan menolak campur tangan eksekutif dalam kehakiman.

Advertisement

Tambah Azalina, ucapannya pada perhimpunan itu adalah atas kapasiti Penasihat Undang-undang BN dan Ahli Parlimen Pengerang.

Ucapan singkatnya sekitar 10 minit hanya menyerlahkan beberapa perkara, tanpa melibatkan terlalu banyak butiran teknikal.

“Inti ucapan saya adalah untuk membangkitkan hak undang-undang seorang warganegara Malaysia dan setiap lelaki mahupun wanita berhak untuk mendapat pembelaan dan mengemukakan bukti baharu.

“Jangan kita lupa bahawa pihak pendakwaan mewakili kerajaan Malaysia dan oleh itu, rayuan YB Pekan secara teknikalnya dibantah oleh kerajaan.

“Peguam Negara adalah peguam kepada kerajaan dan merupakan satu-satunya orang yang boleh menyokong sebarang permohonan.

“Apabila menyebut ‘orang dia’ dalam ucapan, ia tidak ada kena mengena dengan pendirian saya mengenai pengasingan kuasa antara Badan Kehakiman, eksekutif dan perundangan, serta pemisahan AG (Peguam Negara) dan Pendakwa Raya,” ujar beliau.

Advertisement

Jelas Azalina, Peguam Negara ketika ini iaitu Tan Sri Idrus Harun adalah seorang yang baik dan dihormati.

Sebagai ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan dan mewakili kerajaan, Peguam Negara bukan sahaja sebahagian daripada eksekutif, tetapi pendakwa raya berpangkat tertinggi di negara ini yang boleh menggunakan budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan sebarang prosiding di kebanyakan mahkamah di Malaysia.

“Dalam ucapan, adakah saya meminta AG disingkirkan untuk membebaskan YB Pekan sehingga dia tidak perlu menghadapi baki pertuduhan dan perbicaraan terhadapnya?

“Bukankah YB Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mendapat pengampunan setelah Pakatan Harapan (PH) meraih kemenangan dalam PRU14? Atau apabila Tommy Thomas dilantik sebagai AG oleh PM7 (Tun Dr Mahathir Mohamad), bukankah dia ‘orang PH’?

“Adakah anda baru mengalihkan ‘tiang gol’? PM Pakatan Harapan menukar AG dan begitu juga PM Perikatan Nasional, tetapi PM dari UMNO/Barisan Nasional tidak boleh menukar atau menggantikan AG? Double standard, saya rasa,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian 

Advertisement

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending