Connect with us

Antarabangsa

Lelaki tukar jantina tidak layak dapat hak jagaan walau anak sendiri – Mahkamah Tinggi Jepun

Individu transgender tidak boleh menjadi ibu bapa yang sah kepada anak terhasil daripada spermanya sendiri yang dibekukan sebelum mereka menukar jantina, demikian diputuskan Mahkamah Tinggi Jepun pada Jumaat lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Lelaki tukar jantina tidak layak dapat hak jagaan walau anak sendiri - Mahkamah Tinggi Jepun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Tinggi Jepun menetapkan individu transgender (lahir sebagai lelaki) tidak boleh menjadi ibu bapa yang sah kepada anak yang dilahirkan hasil daripada sperma sendiri yang dibekukan.
  • Keputusan itu tertakluk kepada transgender ‘wanita’ iaitu individu dilahirkan sebagai lelaki dan kemudian menukar jantina kepada wanita sebelum mendapat anak hasil spermanya yang dibekukan.
  • Di Jepun, individu transgender perlu melakukan pembedahan jantina sebelum boleh menukar jantina mereka secara sah.

JEPUN – Individu transgender tidak boleh menjadi ibu bapa yang sah kepada anak terhasil daripada spermanya sendiri yang dibekukan sebelum mereka menukar jantina, demikian diputuskan Mahkamah Tinggi Jepun pada Jumaat lalu.

Keputusan mahkamah itu merujuk kepada transgender ‘wanita’, yang asalnya dilahirkan sebagai lelaki, yang membekukan spermanya sebelum melalui pembedahan penukaran jantina.

Transgender terbabit yang membantu dalam kelahiran bayi hasil daripada sperma sendiri, tidak boleh menjadi penjaga yang sah bagi kanak-kanak yang dilahirkan menggunakan cara tersebut, demikian keputusan Mahkamah Tinggi Jepun dipetik Daily Mail.

Di Jepun, individu transgender perlu melakukan pembedahan jantina sebelum boleh menukar jantina mereka secara sah.

Dalam kes yang tidak didedahkan identitinya itu, seorang individu transgender di Jepun mempunyai dua anak perempuan yang dilahirkan seorang wanita sama, namun salah seorang anak dilahirkan menggunakan spermanya yang dibekukan sebelum menukar jantina.

Mahkamah memutuskan individu itu hanya layak mendapat hak jagaan bagi anak perempuannya yang dilahirkan sebelum beliau menukar jantinanya.

Jepun menetapkan golongan transgender menjalani prosedur penukaran jantina dan pemandulan sejak 2004.

Sumber: Fox News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tahanan rakyat Palestin Tebing Barat meningkat daripada 5,200 kepada 9,500 tahanan

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.
  • Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.
  • Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.
  • Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.
  • Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.

Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.

Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.

Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Mereka yang ditangkap dan ditahan semula selepas 7 Oktober tahun lalu dikenakan layanan lebih tidak berperikemanusiaan daripada apa yang dihadapi penduduk Palestin di penjara Israel pada masa lalu.

Warga Palestin yang pernah ditahan di bawah tahanan pentadbiran, Nada, 24, memberitahu Al Jazeera pengalamannya.

Beliau berdepan situasi sama teruk dalam penahanan kali keduanya. Matanya ditutup untuk tempoh yang lama setiap hari, dihalang daripada ke tandas atau mandi oleh pengawal yang akan bertindak menghinanya, dan memberikan gelaran kepadanya seperti “anjing”.

“Mereka tidak melayan kamu seperti manusia di dalam penjara. Mereka melayan kamu seperti haiwan,” kata Nada. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending