Connect with us

Terkini

Jika GEG ditangguhkan tiga tahun, jumlah kematian akibat rokok meningkat kepada 81,000 orang – KKM

Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang diusahakan sejak lebih sedekad lalu, pada masa ini, sedang dikupas oleh ahli Dewan Rakyat, dan persetujuan majoriti mereka diperlukan untuk pelaksanaannya demi menyelamatkan dua juta nyawa rakyat menjelang 2040.

Wartawan TMT

Published

on

  • Jika syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen diterima agar GEG ditangguhkan selama tiga tahun, bilangan kematian pramatang akan meningkat.
  •  Ketika ini, menurut Malaysian Factsheet The Tobacco Atlas 2019, bilangan kematian pramatang dianggarkan 27,000 setahun.
  • “Sekiranya pelaksanaan GEG ini ditangguhkan dan dibahaskan selepas tempoh tiga tahun sebagaimana syor jawatankuasa itu, maka kesan jangka panjang terhadap produktiviti negara akan berlaku.”

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang diusahakan sejak lebih sedekad lalu, pada masa ini, sedang dikupas oleh ahli Dewan Rakyat, dan persetujuan majoriti mereka diperlukan untuk pelaksanaannya demi menyelamatkan dua juta nyawa rakyat menjelang 2040.

Jika diluluskan, Malaysia bakal melakar sejarah dengan melahirkan Generasi Penamat melalui strategi Generational End Game (GEG) yang melarang individu lahir pada dan selepas 2007 merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok.

Disifatkan oleh kerajaan sebagai agenda paling mustahak kerana mampu mengurangkan kematian akibat penyakit berkaitan tabiat merokok, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berulang kali menegaskan kepentingan undang-undang itu bagi rakyat dan negara.

Namun jika RUU itu gagal diluluskan, impaknya ialah pendedahan amalan merokok kepada kumpulan kohort GEG selepas mereka berumur 18 tahun.

Memetik Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, Ketua Sektor Kawalan Tembakau Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Noraryana Hassan berkata, peratusan merokok dalam kalangan remaja berumur 18 tahun (iaitu had umur tidak lagi terikat dengan larangan merokok) adalah tinggi.

“Dianggarkan sebanyak 24.49 peratus remaja berumur 18 tahun berbanding dengan kohort sebelumnya (15 hingga 17 tahun) iaitu hanya 7.7 peratus, merokok. Daripada jumlah itu, 22.78 peratus menggunakan rokok tembakau. Bagi penggunaan rokok elektronik pula, (sebanyak) 12.31 peratus remaja berumur 18 tahun telah menggunakan rokok elektronik berbanding lima peratus kohort sebelumnya (15 hingga 17 tahun),” katanya.

Kesan lain ialah bilangan kematian pramatang akan meningkat. Ketika ini, menurut Malaysian Factsheet The Tobacco Atlas 2019, bilangan kematian pramatang dianggarkan 27,000 setahun.

Advertisement

Mengulas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen agar GEG ditangguhkan selama tiga tahun, beliau berkata jika syor itu diterima, jumlah kematian akan meningkat kepada 81,000 orang dalam tempoh tiga tahun berkenaan.

“Ini belum dikira jangka masa tambahan untuk membuat usul dan dibentangkan di Parlimen,” tambah beliau.

Kesan kepada negara pula ialah dari segi produktiviti kerana kehilangan sumber manusia pada peringkat usia produktif, kata Dr Noraryana.

“Penyusutan kualiti kehidupan akibat kesan komplikasi penyakit yang dihadapi akan memberikan kesan kepada produktiviti sesebuah negara. Jumlah masa bekerja yang terjejas termasuk masa yang digunakan untuk merokok ketika bertugas juga perlu diambil kira.

“Quality Adjusted Life Years (QALY) merupakan satu bentuk pengukuran yang digunakan untuk menganggarkan kualiti kehidupan seseorang.

Kajian telah menunjukkan mereka yang merokok mengalami kemerosotan kualiti kehidupan berbanding mereka yang tidak merokok.

“Sekiranya pelaksanaan GEG ini ditangguhkan dan dibahaskan selepas tempoh tiga tahun sebagaimana syor jawatankuasa itu, maka kesan jangka panjang terhadap produktiviti negara akan berlaku,” katanya lagi.

Advertisement

Sumber: Bernama

Author

Terkini

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Hidayah Sani

Published

on

PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 
  • Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
  • Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India. 

KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan. 

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.

Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.

Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya? 

“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini. 

“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.

Advertisement

Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.

Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini. 

Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara. 

“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal. 

“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia. 

“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina. 

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.

King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending