Connect with us

Terkini

Hasrat Johor untuk tukar semula cuti hujung minggu masih belum diputuskan

Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, baginda tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung cadangan kerajaan Johor untuk menukar semula cuti hujung minggu negeri ini kepada Sabtu dan Ahad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hasrat Johor untuk tukar semula cuti hujung minggu masih belum diputuskan
Foto: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumber FB Official.
  • Cadangan kerajaan Johor untuk menukar semula cuti hujung minggu daripada Jumaat ke hari Sabtu dan Ahad masih belum diputuskan Sultan Johor.
  • Tidak mahu tergopoh-gapah, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah akan meneliti dan mengambil pandangan semua pihak.
  • Titah baginda, mahu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi Johor untuk kepentingan rakyat.
  • Sultan Ibrahim menitahkan semua pihak tidak membuat spekulasi berkaitan isu ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, baginda tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan berhubung cadangan kerajaan Johor untuk menukar semula cuti hujung minggu negeri ini kepada Sabtu dan Ahad.

Baginda bertitah akan meneliti semua faktor dan dan kesan baik buruk serta pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan. Baginda tidak mahu tergesa-gesa kerana setiap pandangan perlu diperhalusi. Baginda juga bertitah supaya isu ini tidak dipolitikkan. “Buat masa ini, saya mahu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi Johor serta kepentingan rakyat,” titah baginda.

Berikutan keluh kesah rakyat negeri Johor sebelum ini, maka pada 14 Jun yang lalu kerajaan Johor telah melaporkan bahawa cuti hujung minggu akan dikaji semula.

Mengikut sejarahnya, cuti hujung minggu Johor adalah pada Jumaat dan Sabtu iaitu ketika Johor menjadi sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kemudiannya pada  1994, dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor, cuti hujung minggu telah ditukar kepada Sabtu dan Ahad.

Pada 1 Januari 2014, Sultan Ibrahim mengubah cuti mingguan Johor kepada Jumaat dan Sabtu bagi memberi penghormatan kepada Jumaat selaku penghulu segala hari dan pengiktirafan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi Johor.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim menitahkan supaya semua pihak tidak mengeluarkan sebarang spekulasi atau membuat gesaan untuk keputusan diumumkan secepat mungkin.

“Saya akan membuat pengumuman apabila saya berpuas hati dan cukup yakin keputusan yang diambil itu adalah yang terbaik untuk Johor,” titah baginda.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *