Connect with us

Terkini

“Harga pad mengalahkan harga beras 5 kg,” – Komentar netizen terkait isu kemiskinan haid

Demikian maklum balas daripada netizen berhubung realiti kemiskinan haid yang sedang menghantui masyarakat Malaysia hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

harga pad
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Netizen meluahkan rasa terkejut dengan realiti kemiskinan haid yang berlaku di Malaysia.
  • Mereka turut berkongsi pengalaman menggunakan kain batik dan tuala ‘Good Morning’ sebagai alternatif menggantikan tuala wanita akibat ketiadaan wang.
  • Terdapat netizen yang mengatakan bahawa harga produk tuala wanita terlalu mahal.
  • Pengguna Telegram mencadangkan agar kerajaan membuat kawalan harga tuala wanita menjadikannya sebagai harga mampu milik.

KUALA LUMPUR – Kesusahan mendapatkan produk tuala wanita hanya dapat difahami oleh mereka yang mempunyai ramai anak perempuan sahaja.

Demikian maklum balas daripada netizen berhubung realiti kemiskinan haid yang sedang menghantui masyarakat Malaysia hari ini.

Menerusi hantaran admin Page Facebook Finaz Yunus Investigate – FYI yang membangkitkan ketidakupayaan  golongan wanita memiliki produk tuala wanita sewaktu didatangi haid hingga menggunakan alternatif seperti sabut kepala dimasukkan ke dalam stoking nampaknya menjadi perbahasan netizen di ruangan komen page tersebut.

Realiti menyedihkan ini ternyata tidak sepenuhnya disedari oleh masyarakat.

Antara komen-komen yang meluahkan rasa terkejut dengan kenyataan itu adalah;

“Yang ramai anak perempuan sahaja faham.”

“Allah… kesiannya depa.. Ada lagi ya yang tahap kemiskinan sampai macam ini sekali di Malaysia.”

“Allahu masih ada di Malaysia. Tahun 2022 kot.”

komen masalah haid 01

komen masalah haid 02

 

Seiring itu, terdapat juga netizen berkongsi pengalaman mereka yang sebelum ini pernah berhadapan kekangan kewangan hingga terpaksa menggunakan kain batik dan tuala ‘Good Morning’ sebagai pengganti tuala wanita.

Difahamkan penggunaan kain batik ternyata sudah lama menjadi pilihan masyarakat terdahulu sebelum kewujudan tuala wanita yang dikenali sebagai pad hari ini.

Antara komen tersebut adalah:

komen haid 03

Dalam pada itu, hasil tinjauan The Merdeka Times di Telegram pempengaruh yang juga pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendapati di ruangan komentar dihujani dengan komen netizen yang meluahkan rasa kesal kerana harga produk tuala wanita didakwa mahal.

Admin Telegram Firdaus Wong Wai Hung telah berkongsi artikel ‘“Kalau ada pemimpin kata di Malaysia tiada kemiskinan haid, saya sendiri akan bawa dia berdepan realiti itu!” – Hazeman Huzir’ menerusi platform media sosial tersebut.

komen haid 04

Malah ada pihak yang mengatakan bahawa harga pad mengalahkan harga sebungkus beras 5kg.

Difahamkan harga sebungkus 5 kg beras Faiza Emas adalah RM14.50 sementara harga tuala wanita jenama Libresse untuk 10 pads Maxi Night Secure 32cm Wings adalah berharga RM17.88.

Juga, terdapat pengguna Telegram mencadangkan agar kerajaan membuat kawalan harga tuala wanita menjadikannya sebagai harga mampu milik.

komen haid 05

Sumber : Facebook Page Finaz Yunus Investigate – FYI, Firdaus Wong Wai Hung Telegram

Author