Connect with us

Antarabangsa

Cacar monyet banyak tersebar dalam kalangan gay!

Kebanyakan kes disebarkan dalam kelompok lelaki yang melakukan hubungan intim sesama jantina.

Wartawan TMT

Published

on

monkeypox
Foto: Sumber SkyNews.
  • Dunia dilanda wabak cacar monyet.
  • Singapura tidak terkecuali apabila ada 6 kes direkodkan.
  • Pakar berpendapat wabak merebak dengan cepat susulan acara Pride LGBTQ di Eropah.
  • Kebanyakan kes disebarkan dalam kelompok lelaki yang melakukan hubungan intim sesama jantina.

SINGAPURA – Dengan lebih 14,000 kes cacar monyet dilaporkan di lebih 170 buah negara dan wilayah kebanyakannya sejak Mei lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan samada wabak itu merupakan darurat kesihatan di peringkat global.

Sehingga kini, dilaporkan terdapat 5 kematian dalam wabak cacar monyet ini yang semuanya berlaku di Afrika.

Manakala pihak berkuasa Singapura telah merekodkan enam kes, tiga daripadanya adalah kes tempatan.

Prof. Madya Hsu Li Yang, pakar penyakit berjangkit di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock Universiti Nasional Singapura memberitahu bahawa kes itu tidak kira di dalam atau luar negara harus dianggap sebagai isu yang membimbangkan.

Dalam keadaan wabak semasa, cacar monyet mula merebak dengan cepat di Eropah, di mana pakar-pakar mengaitkannya dengan acara Pride LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender) yang dijalankan di sana.

“Ianya hampir pasti ditularkan melalui sentuhan dekat semasa melakukan hubungan intim,” katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa kebanyakan kes ini disebarkan dalam kelompok golongan lelaki yang melakukan hubungan seksual sesama jenis (gay).

Advertisement

Di luar negara, kes ini dapat direkodkan di klinik kesihatan seksual apabila pesakit datang mendapatkan bantuan untuk jangkitan penyakit kelamin yang mereka hadapi.

Professor Roy Chan yang merupakan perunding kanan dan penasihat perubatan di klinik Jabatan Kawalan Penyakit Kelamin (Department of Sexually Transmitted Infections Control) turut mengesahkan bahawa satu kes cacar monyet disebarkan melalui hubungan kelamin di Singapura. 

Sumber: The Straits Times

 

 

Author

Antarabangsa

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Wartawan TMT

Published

on

Ukraine mahu PBB lucut kuasa veto Russia 
Foto: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
  • Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.
  • Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia.
  • Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).
  • Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

NEW YORK – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, (PBB) melucutkan kuasa veto Moscow.

Gesaan itu dibuat secara bersemuka dengan Russia pada persidangan badan dunia itu.

Dalam mengecam pencerobohan Kremlin ke atas negaranya sebagai ‘tindakan penjenayah’, Zelensky menggesa PBB melucutkan kuasa veto Russia dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Pentas itu juga pertama kali menemukan Zelensky dengan wakil Russia, yang dilihat tidak berminat mengikuti ucapan pemimpin Ukraine itu, sebaliknya lebih menumpukan perhatian di telefon pintarnya.

Sehubungan itu, Zelensky menggesa PBB mengadakan undian bagi menamatkan kuasa veto Russia dalam UNSC.

Russia, Britain, China, Perancis dan Amerika Syarikat adalah negara dengan kuasa veto dalam UNSC dan berkuasa menyekat sebarang resolusi.

Zelensky berkata langkah terbabit berupaya menjadi antara reformasi di UNSC, termasuk memberi status perwakilan tetap kepada negara membangun lain.

Advertisement

Sumber: Buletin TV3 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending