Connect with us

Antarabangsa

Gempa bumi, lagi ujian Afghanistan

‘Sudah jatuh ditimpa tangga’ mungkin itu satu pernyataan yang sesuai kita gunakan untuk menggambarkan situasi dihadapi oleh Afghanistan hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Gempa Bumi Afghanistan

‘Sudah jatuh ditimpa tangga’ mungkin itu satu pernyataan yang sesuai kita gunakan untuk menggambarkan situasi dihadapi oleh Afghanistan hari ini.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kejadian gempa bumi berukuran 6.1 pada skala richter yang meragut lebih 1000 nyawa pada Selasa di wilayah Paktika dan Khost berhampiran sempadan Pakistan itu, sangat mendukacitakan juga dikatakan paling teruk sejak 2002.

Namun sejauh mana kita sedar akan situasi sebenar Afghanistan yang boleh disifatkan tragis kerana sejak empat dekad bumi itu tidak putus berhadapan kesengsaraan akibat konflik berdarah membabitkan Soviet Union (kini Rusia), Mujahiddin, Taliban dan Amerika Syarikat.

Tahun lalu, menyaksikan negara di Asia Selatan itu terlepas daripada cengkaman tentera Amerika Syarikat selepas dua dekad ditakluki, malangnya mereka ditinggalkan dalam kemiskinan, tidak stabil juga masih dibelenggu pergolakan politik dan sisa-sisa peperangan.

Seiring pengunduran tentera AS juga, dunia menyaksikan Taliban bergerak pantas memenuhi ruang kosong mewujudkan kerajaan interim.

Bagaimanapun, pimpinan ini menghadapi sekatan antarabangsa yang dikenakan oleh Amerika Syarikat menyebabkan ekonomi negara itu lumpuh.

Bahangnya turut terasa apabila operasi mencari dan menyelamat mangsa bencana alam yang berlaku pada Selasa, berhadapan kesukaran kerana Taliban tidak menerima bantuan antarabangsa disebabkan sekatan yang dikenakan.

Mungkin ini yang dikatakan kesan luka daripada peperangan. Segelintir warganya hidup mengemis kerana ketiadaan pekerjaan, tidak memiliki wang walau hanya untuk perbelanjaan seharian selain ada yang bergelar orang kurang upaya (OKU) angkara perang.

Majoriti warga Afghanistan terpaksa bergantung kepada bantuan kemanusiaan antarabangsa demi kelangsungan hidup dek dicengkam krisis kemanusian yang kronik.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berterusan memberi amaran bahawa negara itu sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang ‘menghancurkan’, dengan lebih separuh daripada populasi negara berjumlah kira-kira 38 juta berisiko mengalami kekurangan makanan.

Ini yang diawal penulisan, Afghanistan disifatkan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’. Mereka masih belum sembuh dari luka jajahan tangan asing kini ditimpa bencana alam yang akan merencatkan usaha kerajaan Afghanistan untuk membangunkan semula negara tersebut.

Timbalan menteri Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Afghanistan menerusi laporan Sumber Kini, menyuarakan pengharapan agar pertubuhan kemanusiaan segera menghulurkan bantuan kecemasan dan perubatan.

Menurutnya, beberapa kawasan terjejas tidak ubah seperti kuburan dan angka kematian dijangka meningkat seiring dengan operasi menyelamat yang diteruskan.

Satu lagi negara muslim, diambang nyawa-nyawa ikan selepas Palestin.

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending