Connect with us

Terkini

11 tuduhan gangguan seksual, Ebit Lew dibicara September depan

Ebit Lew, 38, akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 27 hingga 30 September depan di atas 11 tuduhan gangguan seksual.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

11 tuduhan gangguan seksual, Ebit Lew dibicara September depan
Foto: Ebit Lew, 38, akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom.
  • Ebit Lew, 38, akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 27 hingga 30 September depan di atas 11 tuduhan gangguan seksual.
  • Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan sewaktu dihubungi The Merdeka Times mengesahkan perkara ini.

KUALA LUMPUR – Ebit Lew, 38, akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah pada 27 hingga 30 September depan di atas 11 tuduhan gangguan seksual.

Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew didakwa di atas 11 pertuduhan menurut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang.  Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan sewaktu dihubungi The Merdeka Times mengesahkan perkara ini.

Pada 18 Februari lepas, Ebit Lew telah dihadapkan ke Mahkamah Litar Pejabat Daerah Tenom, Sabah bagi menghadapi 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual. Ebit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Azreen Yas Mohamad Ramli. Ebit pula diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Ebit telah dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebelum ini berkata Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

“Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Beliau juga menambah bahawa siasatan berkaitan unsur fitnah juga telah dilakukan tetapi di akhir siasatan setelah dikumpul bukti-bukti yang ada, hasilnya kes ini dibawa ke mahkamah.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *