Connect with us

Terkini

Malaysia sumbang US$ljuta untuk UNRWA

Published

on

  • Kementerian Luar, dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata Malaysia terus menyokong kuat UNRWA dan peranan utamanya dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perlindungan yang menyelamatkan nyawa kepada pelarian Palestin.
  • “Sumbangan itu akan diagihkan setiap tahun dalam jumlah US$200,000 dari 2026 hingga 2030. Usaha ini ialah manifestasi nilai Amanah dan Belas Kashan dalam rangka kerja Malaysia MADANI,” katanya.

KUALA LUMPUR — Malaysia mengikrarkan sumbangan US$1 juta (US$1=RM4.07) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada persidangan penderma UNRWA di New York pada Selasa.

Kementerian Luar, dalam satu kenyataan pada Rabu, berkata Malaysia terus menyokong kuat UNRWA dan peranan utamanya dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan perlindungan yang menyelamatkan nyawa kepada pelarian Palestin.

“Sumbangan itu akan diagihkan setiap tahun dalam jumlah US$200,000 dari 2026 hingga 2030. Usaha ini ialah manifestasi nilai Amanah dan Belas Kashan dalam rangka kerja Malaysia MADANI,” katanya.

Malaysia akan terus menyokong UNRWA supaya ia dapat memenuhi mandatnya terhadap rakyat Palestin, tambah kenyataan itu.– BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author