Connect with us

Terkini

Zainul Rijal persoal pembesar Selangor ‘senyap’ ketika Sultan dihina

Published

on

Foto: Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela),  Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
  • Menyifatkan penghinaan terhadap Sultan Selangor sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, beliau berkata, seharusnya golongan itu lantang bersuara mempertahankan institusi kesultanan tersebut.
  • “Saya sangat tidak selesa terhadap penghinaan yang dihamburkan terhadap Sultan Selangor. Kalau setakat berbeza pandangan saya masih boleh terima, saya pun kadang-kadang berbeza pandangan seperti isu Oktober Fest, tapi penghinaan institusi Diraja tidak boleh diterima.
  • “Namun saya musykil kenapa ramai (bukan semua) pembesar negeri, penerima anugerah dan gelaran Selangor acuh tak acuh isu ini. Seharusnya merekalah yang lantang bersuara. Di mana kamu menghilang diri?” -Pengerusi Pembela,  Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela),  Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mempersoalkan sikap segelintir pembesar negeri serta penerima anugerah dan gelaran negeri Selangor yang menghilangkan diri ketika institusi kesultanan negeri itu dihina.

Menyifatkan penghinaan terhadap Sultan Selangor sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, beliau berkata, seharusnya golongan itu lantang bersuara mempertahankan institusi kesultanan tersebut.

“Saya sangat tidak selesa terhadap penghinaan yang dihamburkan terhadap Sultan Selangor. Kalau setakat berbeza pandangan saya masih boleh terima, saya pun kadang-kadang berbeza pandangan seperti isu Oktober Fest, tapi penghinaan institusi Diraja tidak boleh diterima.

“Namun saya musykil kenapa ramai (bukan semua) pembesar negeri, penerima anugerah dan gelaran Selangor acuh tak acuh isu ini. Seharusnya merekalah yang lantang bersuara. Di mana kamu menghilang diri?

“Saya lihat rakyat biasa sahaja yang bersuara dan ada juga yang bukan rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, berlaku beberapa insiden penyuntingan dan penyebaran imej yang menjengkelkan serta mengaibkan Sultan Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sekali gus mencetuskan gelombang bantahan keras rakyat di negeri itu dan seluruh negara.

Semalam dilaporkan pihak polis menahan seorang lelaki warga tempatan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kerana disyaki memuat naik hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor di media sosial. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author