Antarabangsa
Insiden tembakan rambang di sekolah, biarawati gesa pembuat senjata api ubah polisi penjualan
Dua syarikat pembuat senjata api terbesar di Amerika Syarikat (AS), Sturm Ruger dan Smith & Wesson digesa mengamalkan polisi hak asasi manusia secara menyeluruh, khususnya dalam penjualan dan pemilikan senjata api di negara itu.

- Dua syarikat pembuat senjata api terbesar di Amerika Syarikat (AS), Sturm Ruger dan Smith & Wesson digesa mengamalkan polisi hak asasi manusia secara menyeluruh, khususnya dalam penjualan dan pemilikan senjata api di negara itu.
- Ia ekoran peningkatan kes kematian membabitkan senjata api di Amerika Syarikat sejak tahun 2000-an, terutamanya membabitkan insiden tembak menembak di sekolah.
- Ketua The Northwest Coalition for Responsible Investment, Biarawati Judy Byron berkata, pihaknya tidak berputus asa untuk meyakinkan syarikat pembuat senjata api AS itu untuk mengkaji semula operasi mereka.
- Pada mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat terbabit 12 September lalu, Byron mewakili kumpulannya mencadangkan syarikat pembuat senjata api melihat semula bagaimana operasi mereka memberikan kesan kepada hak individu lain.
Dua syarikat pembuat senjata api terbesar di Amerika Syarikat (AS), Sturm Ruger dan Smith & Wesson digesa mengamalkan polisi hak asasi manusia secara menyeluruh, khususnya dalam penjualan dan pemilikan senjata api di negara itu.
Ia ekoran peningkatan kes kematian membabitkan senjata api di Amerika Syarikat sejak tahun 2000-an, terutamanya membabitkan insiden tembak menembak di sekolah.
Ketua The Northwest Coalition for Responsible Investment, Biarawati Judy Byron berkata, pihaknya tidak berputus asa untuk meyakinkan syarikat pembuat senjata api AS itu untuk mengkaji semula operasi mereka
The Northwest Coalition for Responsible Investment adalah konsortium 14 organisasi agama pemegang saham syarikat pembuat senjata api terbabit.
Pada mesyuarat tahunan pemegang saham syarikat terbabit secara online pada 12 September lalu, Byron mewakili kumpulannya mencadangkan syarikat pembuat senjata api melihat semula bagaimana operasi mereka memberikan kesan kepada hak individu lain.
Bagaimanapun, cadangan itu tidak diterima.
“Di Washington, kami ada latihan kebakaran dan latihan gempa bumi. Tetapi tidak pernah dalam seumur hidup saya membayangkan seseorang bersenjata api akan datang ke sekolah saya,” kata Byron dari Adrian Dominican Sisters di Michigan.
Bryon juga merupakan bekas guru di sekolah katolik di Seattle.
Tambahannya, banyak perkara boleh dilakukan oleh pihak pengeluar senjata api itu sendiri.
“Setiap kali berlakunya kejadian (insiden membabitkan senjata api), semua pihak akan mengeluarkan kenyataan termasuk dari Persatuan Senapang Kebangsaan (NRA). Tetapi kita tidak pernah mendengar sebarang kenyataan dari syarikat pengeluar senjata api,” katanya.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada 2020 melaporkan lebih 45,000 kematian berlaku membabitkan senjata api di AS iaitu anggaran 124 orang maut sehari.
Daripada jumlah itu, lebih separuh adalah kes bunuh diri dan lebih 40 peratus adalah kes bunuh.
Sebanyak 75 kejadian tembak menembak di sekolah dilaporkan di Amerika Syarikat sejak 2020 dengan kes terbaru di Oakland, California pada Ogos lalu.
Kejadian yang kerap berlaku di negara itu sejak tahun 2000-an itu bukan sahaja mencederakan dan mengorbankan nyawa mereka di bawah umur, malah mengakibatkan trauma pada mangsa.
Sumber: Time
