Connect with us

Antarabangsa

Kanak-kanak perempuan transgender di Kanada tidak dibenarkan tinggal di kabin lelaki

Seorang kanak-kanak perempuan transgender (perempuan kepada lelaki) berusia 11 tahun mengalami kesukaran untuk menyertai kem musim panas kerana tempat terbabit mempunyai peraturan pengasingan kabin mengikut jantina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kanak-kanak perempuan transgender di Kanada tidak dibenarkan tinggal di kabin lelaki
Foto: Sumber Graham Thompson/CBC.
  • Kem musim panas itu mempunyai peraturan pengasingan kabin mengikut jantina.
  • Ibu kanak-kanak itu tidak berpuas hati dan meminta pihak kem memberi penjelasan terhadap keputusan itu.
  • Gootjes membuat aduan hak asasi manusia atas apa yang dialami beliau dan anaknya.
  • Kem musim panas itu bagaimanapun bertindak menyekat akaun Gootjes di Facebook.

KANADA – Seorang kanak-kanak perempuan transgender (perempuan kepada lelaki) berusia 11 tahun mengalami kesukaran untuk menyertai kem musim panas kerana tempat terbabit mempunyai peraturan pengasingan kabin mengikut jantina.

Jan Gootjes, yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu, menzahirkan kerisauan samada anaknya itu akan dibenarkan tidur bersama rakan-rakan lelakinya yang lain di dalam kabin yang sama.

Gootjes menghubungi pihak kem itu melalui Facebook sebelum mendaftarkan anaknya itu. Dia menjelaskan kepada pihak kem mengenai keadaan anaknya dan bertanyakan samada anaknya boleh tidur bersama rakan-rakan lelaki yang lain.

Pihak kem membalas, “Hai Jan, kami tidak dapat menempatkan anak puan di dalam kabin yang berlawanan jantina. Terima kasih di atas pertimbangan anda!”

Gootjes meminta pihak kem memberi penjelasan terhadap keputusan itu. Sekiranya pihak kem tidak dapat menyatakan sebab mengapa anaknya tidak boleh tinggal di kabin sama dengan rakan-rakan lelaki lain, dia menganggap keputusan kem itu ada kaitan dengan status transgender anaknya.

Pihak kem membalas, “Ya, mari kita berbincang,” kepada Gootjes pada petang itu.

“Anak saya sudah bersepakat dengan kawan-kawannya yang mereka tidak akan sertai kem tahun ini, jadi isu ini dapat diuruskan buat masa sekarang,” kata Gootjes.

Pihak kem meminta Gootjes menghubungi mereka semula pada kemudian (pada musim luruh) memandangkan kakitangan kem sibuk dengan latihan serta proses penyesuaian pengaturcaraan semula kem supaya selaras dengan peraturan COVID-19.

Gootjes membuat aduan hak asasi manusia atas apa yang dialami dia dan anaknya.

Bagaimanapun, pihak kem dalam respons terhadap aduan itu memaklumkan Gootjes tidak pernah menghubungi mereka pada musim luruh.

Kem itu bertindak menyekat akaun Gootjes di Facebook yang turut berkongsi gambar tangkapan skrin perbualan antara dia dan pihak kepada CBC News bagi membuktikan dakwaannya itu.

Sumber: CBC News

Author