Connect with us

Antarabangsa

Siar video lucah, dua model terkenal Myanmar ditahan

Dua model terkenal Myanmar ditahan dan berdepan tuduhan ‘memudaratkan budaya dan maruah’ kerana menyiarkan klip ke dalam talian, termasuk ke platform video intim, OnlyFans, kata junta pada Jumaat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Nang Mwe San (kiri) dan Thinzar Wint Kyaw.
  • Dua model terkenal Myanmar ditahan dan berdepan tuduhan memudaratkan budaya dan maruah kerana menyiarkan klip lucah ke dalam talian, termasuk ke platform video intim, OnlyFans.
  • Nang Mwe San didakwa ‘mengedarkan gambar dan video lucah berbayar yang boleh memudaratkan budaya dan maruah Myanmar’.
  • Thinzar Wint Kyaw, model dan pelakon terkenal didakwa menyiarkan video di laman pencipta kandungan, Exantria.
  • Mereka berbuat demikian, ‘tanpa kesopanan sepatutnya dijaga wanita Myanmar’, kata junta.
  • Mereka berdepan pertuduhan di bawah undang-undang transaksi elektronik, membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

YANGON: Dua model terkenal Myanmar ditahan dan berdepan tuduhan ‘memudaratkan budaya dan maruah’ kerana menyiarkan klip ke dalam talian, termasuk ke platform video intim, OnlyFans, kata junta pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan, junta berkata, Nang Mwe San didakwa ‘mengedarkan gambar dan video lucah berbayar yang boleh memudaratkan budaya dan maruah Myanmar’.

Katanya, Thinzar Wint Kyaw, seorang lagi model dan pelakon terkenal dengan lebih 1.5 juta pengikut Instagram, didakwa menyiarkan video di laman pencipta kandungan, Exantria.

Mereka berbuat demikian, ‘tanpa kesopanan yang sepatutnya dijaga wanita Myanmar’, katanya.

Mereka akan berdepan pertuduhan di bawah undang-undang transaksi elektronik, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Lapor Berita Harian, memetik AFP yang tidak dapat mengesahkan kandungan video yang didakwa jelas itu.

Sejak merampas kuasa tahun lalu, junta berulang kali mendakwa budaya tradisional di negara penganut beragama Buddha itu diserang semasa pemerintahan demokrasi, Aung San Suu Kyi.

Kenyataan itu menambah, mereka yang memuat naik ke laman web sama dan ‘memudaratkan keaiban dan kesopanan wanita Myanmar akan diketahui dan tindakan berkesan akan diambil terhadap mereka’.

Mwe San, seorang doktor terlatih, dibatalkan lesen perubatannya oleh Majlis Perubatan Myanmar pada 2019 selepas mendakwa pakaiannya dalam siaran media sosial bertentangan dengan ‘budaya dan tradisi Myanmar’.

Wint Kyaw ditahan seketika oleh tentera bulan lalu selepas mengembara ke kawasan yang dikuasai pemberontak etnik.

Kedua-duanya tidak aktif di Instagram sejak beberapa minggu lalu. 

Sumber : AFP / Berita Harian

 

Author