Terkini
“Sangat mengecewakan! Kempen kutipan derma tuala wanita tidak disokong masyarakat,” – NGO Infaq Delivery
“Sambutan masyarakat sangat mengecewakan semasa kutipan membeli produk keperluan haid bagi golongan tidak berkemampuan dijalankan menerusi media sosial.”
- Sambutan masyarakat tidak sehebat membuat kutipan untuk membeli makanan buat golongan asnaf dan miskin.
- Faktornya adalah tiada kesedaran dalam masyarakat bahawa golongan susah bukan sekadar memerlukan makanan namun juga tuala wanita menjadi keperluan asas bagi mereka.
- Penting untuk masyarakat mempunyai kesedaran berkenaan isu ini malangnya pihak kerajaan sendiri tidak pernah mengetengahkan isu tersebut.
- Kerajaan perlu turun padang dan lihat sendiri realiti kemiskinan haid sebenar.
- Kemiskinan haid bukan hanya berlaku di Malaysia tapi isu global.
KUALA LUMPUR – “Sambutan masyarakat sangat mengecewakan semasa kutipan membeli produk keperluan haid bagi golongan tidak berkemampuan dijalankan menerusi media sosial.”
Demikian luahan Pengarah Social Enterprise: Infaq Delivery, Shuhada Hasim berkenaan projek beliau dengan kerjasama WIN Charity di bawah Persatuan Wanita Inspirasi Negara (WIN) dalam usaha membantu golongan yang terkait kemiskinan haid.
“Our kempen itu title dia The Red Project jadi kami keluarkan poster menerusi media sosial untuk reach fund malangnya sambutan not so much as kalau kita kempen nak hantar makanan kat asnaf atau anak yatim.”
Katanya, sambutan yang kurang itu di atas faktor tiada kesedaran dalam masyarakat bahawa golongan susah bukan sekadar memerlukan makanan namun juga tuala wanita yang sudah menjadi keperluan asas bagi wanita.
“Kita yang mampu ini tak terfikir orang susah itu macam mana sampai tak mampu nak beli pad pun. Kita fikir orang susah tak makan sedangkan mereka perlukan selain daripada makanan. Makanan itu terkadang sikit sangat bagi keperluan mereka.
“Sanitary pad is a woman’s dignity, kan? Jadi saya rasa macam sangat terkesanlah that’s why lah saya buat kempen itu tetapi sambutan dia saya pun tak tahu nak describe dengan what kind of word. Sangat mengecewakan.
“Contohlah kita target nak edarkan antara 100 ke 150 orang satu set washable pad kerana ia lebih praktikal memandangkan kita tidak boleh nak turun padang setiap bulan walaupun ia mahal tapi hanya melibatkan sekali kos sahaja but still kita ada kekangan dengan fund.
“Let’s say saya target kos maksimum dia disini iaitu 200 ringgit untuk tiga ke empat pieces washable pad tapi memang susah nak dapat funding hingga akhirnya kami memilih untuk menggunakan reusable pad sahaja ,” kata Shuhada pada Rabu.
Sebelum ini Shuhada berkata, dia antara golongan yang sedar akan kemiskinan haid berlaku di Malaysia namun tidak terlalu memikirkannya kerana lebih fokus memberi bantuan lain.
Bagaimanapun, hasil bacaan dalam laporan yang dikeluarkan oleh satu media yang menceritakan bahawa terdapat golongan wanita tidak berkemampuan membeli tuala wanita dan memilih untuk mengandung bagi mengatasi permasalahan tersebut membuatkan beliau terpanggil untuk menjalankan kempen dan kutipan tersebut.
Mengulas lanjut, Shuhada berkata penting untuk masyarakat mempunyai kesedaran berkenaan isu ini malangnya pihak kerajaan sendiri tidak pernah mengetengahkan isu tersebut.
“Bagi saya penting untuk ada kesedaran berkenaan ini, sebab kita tak bercakap tentang isu period poverty.
“Kementerian Pembangunan Wanita pun tak pernah address isu ini, never. Unless saya tak pernah dengar sedangkan ini melibatkan wanita dan remaja tapi tiada pun kempen tentang kesedaran kemiskinan haid ke apa, tak ada.
“Yang saya nampak NGO dan social entrepreneur memang membangkitkan isu ini,” kata Shuhada yang turut mempersoalkan kajian apa lagi yang ingin dijalankan oleh kerajaan sedangkan permasalahan ini sudah terkait oleh wanita sejak azali lagi dan melibatkan isu global.
Terdahulu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata kajian berhubung kemiskinan haid sedang dilaksanakan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi melihat keperluan bantuan tuala wanita.
Katanya, kajian dijangka selesai Oktober ini, membabitkan 57,000 responden.
“Saya tak nak sebut kenapa baru nak buat kajian sebaliknya nak buat kajian apa lagi? Sebab wanita period sejak azali, sejak situasi Allah wujudkan manusia lagi wanita period dan sebenarnya isu ini bukan di Malaysia sahaja, ini isu global.
“So kenapa masih nak buat kajian? What kind of kajian? Nak buat kajian eh betul ke diaorang ini wujud? Allahuakbar! Ketika itu let’s say lah kajian lepas tu nak come out dengan analisis and resolved lepas tu nak prepare consent ke atau whateverlah event yang mereka nak buat dengan kajian itu kan. No more kajian!”
Jelas Shuhada, lebih wajar jika pihak kerajaan terus turun padang dan melihat sendiri situasi sebenar yang sedang berlaku di sesuatu kawasan penempatan B40 sebagai contohnya perumahan flat.
“Because let’s say lah kan mereka pergi turun padang pergi ke sesuatu kawasan contohlahkan kalau mereka tak nak pergi luar bandar pun pergilah dekat sesuatu kawasan penempatan B40 seperti flatkan.
“Contoh kenalan saya dia memang buat sanitary pad dia punya beneficiary kepada one group Orang Asli dekat pedalaman, ada perubahan dari mula dia datang hingga beberapa kali dia datang dan educate about period kepada wanita disana.
“Ada perubahan di situ dari self-esteem, knowledge mereka dan awareness untuk jaga personal care so angle macam itu yang NGO dan social enterprise buat. Kita tak buat kajian pun apa semua.”
Katanya, kita kena faham bahawa golongan ini tidak akan bersikap terbuka berkenaan isu ini yang disifatkan taboo.
Mereka tidak akan bertindak memohon tuala wanita sebagaimana seorang ibu boleh bersikap terbuka memohon bantuan susu buat anak-anaknya.
Shuhada turut mencadangkan agar sebuah kempen yang lebih agresif dan bermesej dibuat agar permasalahan ini lebih diketahui.
Menurutnya, wanita itu dimartabatkan oleh Allah SWT namun situasi hari ini memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu seolah perlu mengemis disebabkan fitrah mereka lalu dimanakah tanggungjawab masyarakat dalam menjaga amanah yang Allah perintahkan.
Beliau juga mempersoalkan di manakah peranan Kementerian Pembangunan Wanita dalam menitikberatkan permasalahan ini sedangkan ianya merupakan permasalahan wanita.