Connect with us

Terkini

Kenyataan Mat Kilau bukan nasionalis disangkal pakar sejarah

Turut menolak kenyataan Ramasamy, Dr. Md Akbal Abdullah, seorang pakar sejarah yang juga merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

mat kilau sejarawan
  • Nasionalis adalah ungkapan untuk suatu perjuangan melibatkan skala besar.
  • Menggelarkan pejuang Melayu sebagai pejuang petani seolah-olah meremehkan perjuangannya.
  • Orang Sikh (seperti di dalam filem) hanya melaksanakan dasar British.
  • Ramasamy mempunyai pemikiran yang sempit tentang sejarah negara.

KUALA LUMPUR – Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri P. Pinang II, Dr. P. Ramasamy berkenaan Mat Kilau telah dibidas beberapa pihak termasuk Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr. Mujahid dan Ketua Putera Kongres India Se-Malaysia (MIC), Dr. Kishva Ambigapathy.

Turut menolak kenyataan Ramasamy, Dr. Md Akbal Abdullah, seorang pakar sejarah yang juga merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjelaskan bahawa nasionalis adalah ungkapan yang diberi untuk suatu perjuangan yang melibatkan skala yang besar.

Tambah beliau, “Menggelarkan pejuang Melayu sebagai pejuang petani seolah-olah meremehkan perjuangan bukan sahaja Mat Kilau, bahkan tokoh-tokoh lain yang seumpama Mat Kilau”.

“Ia juga seolah menganggap perjuangan mereka ini satu perjuangan berskala kecil,” Jelas Dr. Akbal ketika dihubungi The Merdeka Times.

Ramasamy juga ada mengkritik mengenai watak orang Sikh yang membantu askar British dalam filem Mat Kilau yang dianggap “tidak wajar”.

Komen Dr. Akbal mengenai kritikan itu adalah, “Kenapa Ramasamy hanya menumpukan kepada Sikh dan bukan penjajah British? Orang Sikh (seperti di dalam filem) hanya melaksanakan dasar British. Jadi, peperangan itu adalah antara askar British dan Melayu, bukannya Sikh.”

“Ramasamy mempunyai pemikiran yang sempit tentang sejarah negara serta kedudukan British bersama dengan askar British yang terdiri dari kaum sikh yang datang ke Tanah Melayu” hurainya lanjut.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *