Connect with us

Terkini

(VIDEO) Toreh tangan sendiri tanda emosi sedang ‘sakit’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Aiman Amri, Psikologis Klinikal & Sollahuddin Ikram, People Living With Experience (PLWE)

KUALA LUMPUR — Tindakan seseorang individu, termasuk pelajar sekolah, menoreh tangan atau membuat ‘barcode’ adalah tanda atau isyarat bahawa dia memerlukan bantuan kerana jiwa mereka sedang ‘sakit’.

People Living With Experience (PLWE), Sollahuddin Ikram berkata dalam situasi ini sebenarnya jiwa individu itu sedang dan sangat meronta-ronta (kesakitan) tetapi dia tidak tahu bagaimana ingin meluahkan apa yang dirasakan kerana takut akan stigma, malu dan tidak mahu menjadi bahan ejekan, cercaan ataupun dalam bahasa sekarang dipanggil ‘menganjing’ oleh rakan-rakan.

Actually barcode is not a trend… Is not a popular trend for me itu actually is a sign for help  (Sebenarnya ‘barcode‘ bukanlah satu trend… Bukan trend yang popular bagi saya, ia sebenarnya adalah tanda meminta pertolongan).

“Seseorang murid itu ataupun budak sekolahkan sangatlah jiwa itu sangat-sangat… dekat dalam (jiwa) dah meronta dah tetapi tak tahu macam mana nak bercakap sebabkan stigma, malu, tak nak kawan-kawan kena diejek, dicerca ataupun dengan bahasa sekarang ‘di-menganjing’.

“Jadi mereka tiada cara lain untuk mereka memindahkan rasa daripada jiwa ke tempat lain jadi mereka menoreh tangan membuat ‘barcode’ sebab (mereka tak tahu) macam mana mereka nak channel-kan (salurkan) sakit tu,” kata Ikram menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Lebih 900,000 Kanak-kanak, Remaja Alami Penyakit Mental. Apa Punca?’.

 

Program terbitan Studio Merdeka itu bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini malam ini dan turut menampilkan Psikologis Klinikal, Aiman Amri dan Pengarah Institut Ulama Al-Juwaini, Ahmad Syamil Mohd Esa.

Mengulas kenyataan itu, Aiman berkata individu berkenaan bertindak sedemikian kerana sakit emosi susah untuk ditangani (ia tidak kelihatan), jadi dengan mencederakan diri secara fizikal mereka dapat ‘mengalihkan’ perhatian kepada kesakitan nyata itu.

“Sebab sakit emosi susah nak handle so bila dia luka dekat luar dia tahu macam mana nak handle sakit fizikal, letak dettol, letak plaster kebanyakan komen mereka yang buat self-harm ini komen begitulah.

“Dia nak alihkan ‘sakit’ dalam itu kepada luar sebab luar dia pandai handle, tapi dalam dia tak pandai urus,” kata Aiman. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *