Connect with us

Terkini

138 kes cubaan bunuh diri berjaya diselamatkan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Antara langkah proaktif KKM dalam menangani isu kecenderungan bunuh diri yang semakin meningkat dalam kalangan remaja ialah dengan pembangunan Program MySAVE (Malaysia Suicide Voice of Hope) yang merupakan usaha pengukuhan pencegahan tingkah laku bunuh diri dengan memberikan pendedahan dan meningkatkan akses kepada bantuan dan intervensi awal krisis, rawatan dan sokongan psikososial serta perkhidmatan post-vention iaitu tindak susul pasca cubaan bunuh diri dan kematian akibat bunuh diri.
  • KKM dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen semalam berkata, antara inisiatif di bawah Program MySAVE adalah mewujudkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan Talian HEAL 15555 bagi meningkatkan akses mendapatkan perkhidmatan sokongan emosi dan psikososial menerusi tele-kaunseling.
  • 67,410 panggilan diterima sejak pengoperasian Talian HEAL 15555 pada 21 Oktober 2022 sehingga kini.
  • “Daripada jumlah ini, sebanyak 351 kes tingkah laku bunuh diri yang terdiri daripada 213 kes idea bunuh diri telah diberi intervensi khusus, manakala 138 kes cubaan bunuh diri telah berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
  • “Daripada jumlah panggilan 67,410 klien yang menghubungi Talian HEAL 15555, dianggarkan lebih 20, 000 (20 ribu) (30 peratus) pemanggil adalah terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah proaktif KKM dalam menangani isu kecenderungan bunuh diri yang semakin meningkat dalam kalangan remaja.

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan (KKM) berkata pihaknya amat komited dalam usaha untuk menurunkan kadar kes bunuh diri di Malaysia dan semestinya ia memerlukan kerjasama bersepadu dari semua pihak bagi mencegah tingkah laku bunuh diri.

Antara langkah proaktif KKM dalam menangani isu kecenderungan bunuh diri yang semakin meningkat dalam kalangan remaja ialah dengan pembangunan Program MySAVE (Malaysia Suicide Voice of Hope) yang merupakan usaha pengukuhan pencegahan tingkah laku bunuh diri dengan memberikan pendedahan dan meningkatkan akses kepada bantuan dan intervensi awal krisis, rawatan dan sokongan psikososial serta perkhidmatan post-vention iaitu tindak susul pasca cubaan bunuh diri dan kematian akibat bunuh diri.

KKM dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen semalam berkata, antara inisiatif di bawah Program MySAVE adalah mewujudkan Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan Talian HEAL 15555 bagi meningkatkan akses mendapatkan perkhidmatan sokongan emosi dan psikososial menerusi tele-kaunseling.

Katanya, sebanyak 67,410 panggilan diterima sejak pengoperasian Talian HEAL 15555 pada 21 Oktober 2022 sehingga kini.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 351 kes tingkah laku bunuh diri yang terdiri daripada 213 kes idea bunuh diri telah diberi intervensi khusus, manakala 138 kes cubaan bunuh diri telah berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Daripada jumlah panggilan 67,410 klien yang menghubungi Talian HEAL 15555, dianggarkan lebih 20, 000 (20 ribu) (30 peratus) pemanggil adalah terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah proaktif KKM dalam menangani isu kecenderungan bunuh diri yang semakin meningkat dalam kalangan remaja.

KKM berkata di bawah Program MySAVE  itu juga libat urus bersama pengamal media diadakan bagi penulisan dan pelaporan media yang selamat dan bertanggungjawab tentang tingkah laku bunuh diri, selain latihan berkala diberikan kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, dan Maritim Malaysia untuk pengendalian kes tingkah laku bunuh diri.

Katanya, KKM juga menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Program Minda Sihat bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan mental golongan kanak-kanak dan remaja.

“Program ini bertujuan memperkasa dari aspek psikososial dan kesejahteraan emosi serta menerapkan elemen kemahiran daya tindak (coping skills) dan resilien (daya tahan) dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

“Bagi pelajar-pelajar yang disaring dan dikenal pasti yang memerlukan intervensi, mereka akan dirujuk untuk penilaian dan rawatan lanjut,” katanya.

KKM juga berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi di dalam pelaksanaan Program Siswa Sihat (PROSIS) di universiti-universiti awam dan swasta yang turut mempunyai elemen saringan dan intervensi kesihatan mental.

Dalam perkembangan lain, masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi membabitkan kumpulan umur kanak-kanak, remaja dan belia dilaporkan menunjukkan peningkatan dua kali ganda berdasarkan Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS).

Mengikut laporan itu, masalah kesihatan mental mencatatkan kenaikan daripada 7.9 peratus iaitu 424,000 orang pada 2019 kepada 16.5 peratus (922,318 orang) pada tahun lalu.

NHMS juga menunjukkan peningkatan prevalen tingkah laku bunuh diri dalam tempoh 10 tahun merangkumi idea bunuh diri daripada 7.9 peratus pada 2012 kepada 13.1 peratus (2022), pelan bunuh diri 6.4 peratus (2012) kepada 10 peratus (2022) dan cubaan bunuh diri 6.8 peratus (2012) kepada 9.5 peratus (2022). — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *