Connect with us

Terkini

Trend barcode makin menjadi-jadi dalam kalangan murid darjah enam

Ramai murid darjah enam di negara ini didapati terjebak dengan trend barcode atau toreh tangan akibat stres dengan masalah keluarga.

Hidayah Sani

Published

on

Trend barcode makin menjadi-jadi dalam kalangan murid darjah enam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ramai murid darjah enam di negara ini didapati terjebak dengan trend barcode atau toreh tangan akibat stres dengan masalah keluarga.
  • Pendedahan itu dibuat Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang berkongsi pengalamannya ketika memenuhi undangan memberi ceramah di sekolah.
  • Menurutnya, antara isu paling popular berlaku di sekolah rendah ketika ini adalah tindakan murid melondeh atau tarik seluar rakan dan trend barcode. 
  • “Bab barcode itu pula, asal cikgu buat spotcheck je, maka berpuluh kes toreh tangan dijumpai pada budak perempuan. Budak lelaki pun ada, tapi seorang dua jelah. Kebanyakan mereka ini murid darjah 6.
  • “Bila cikgu tanya, masing-masing jawab mereka stress. Bila check background pula, semua ada masalah keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
  • Fairuz berkata antara masalah dilalui murid ini adalah sering dianggap pilihan kedua oleh ibu bapa yang bersikap pilih kasih di antara anak dan sering dibanding-bandingkan selain tekanan akademik. 
  • Kementerian Kesihatan sebelum ini merekodkan peningkatan hampir tiga kali ganda dalam kes kesihatan mental dalam kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas.

KUALA LUMPUR — Ramai murid darjah enam di negara ini didapati terjebak dengan trend barcode atau toreh tangan akibat stres dengan masalah keluarga.

Pendedahan itu dibuat Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang berkongsi pengalamannya ketika memenuhi undangan memberi ceramah di sekolah.

Menurutnya, antara isu paling popular berlaku di sekolah rendah ketika ini adalah tindakan murid melondeh atau tarik seluar rakan dan trend barcode. 

Fairuz berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh guru ditemuinya di sekolah di mana ada kes melibatkan murid perempuan yang menarik seluar murid lelaki.

“Buat mak ayah, tolonglah nasihat anak-anak kita tu. Jangan dok buat benda gini kat sekolah. Ini bukan gurauan, tapi perbuatan biadap!

“Bab barcode itu pula, asal cikgu buat spotcheck je, maka berpuluh kes toreh tangan dijumpai pada budak perempuan. Budak lelaki pun ada, tapi seorang dua jelah. Kebanyakan mereka ini murid darjah 6.

“Bila cikgu tanya, masing-masing jawab mereka stress. Bila check background pula, semua ada masalah keluarga,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Advertisement

Fairuz berkata antara masalah dilalui murid ini adalah sering dianggap pilihan kedua oleh ibu bapa yang bersikap pilih kasih di antara anak dan sering dibanding-bandingkan. 

Beliau berkata murid itu juga sentiasa berdepan situasi di mana perlu menanggung kesalahan adik-beradik lain serta menanggung beban di luar usianya seperti segala urusan rumah perlu dilaksanakan sendiri.

Katanya, adakala murid turut berdepan tekanan daripada ibu bapa yang menginginkan kecemerlangan dalam akademik tanpa memahami kesukaran murid menghadapi silibus yang kini sukar.

“Tiada figure ayah yang boleh dicontohi di rumah. Kadang dibesarkan oleh ibu tunggal, kadang ada ayah tapi perangainya nauzubillah. Ibu bapa telah bercerai.

“Jadi, apa yang akan cikgu buat bila jumpa pelajar yang buat barcode ni? Pertama akan jalani sesi kaunseling. Yang kedua, ibu bapa akan dipanggil ke sekolah.

“Teringat pula saya satu kes yang berlaku. Pihak sekolah dah call parents untuk datang, tapi selalu tak pickup phone. WhatsApp pun tak dibalas,” katanya.

Advertisement

Fairuz mengingatkan ibu bapa untuk belajar berkomunikasi dengan anak-anak secara baik tambahan lagi apabila melibatkan anak yang mulai memasuki usia remaja.

Beliau turut menegaskan menjaga keperluan emosi anak-anak (EQ) jauh lebih penting daripada akademik (IQ).

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan peningkatan hampir tiga kali ganda dalam kes kesihatan mental dalam kalangan penduduk berusia 16 tahun ke atas.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika membentangkan kertas putih kesihatan memaklumkan rekod peningkatan daripada 11 peratus pada 1996 kepada 29 peratus pada 2015 menunjukkan masalah kesihatan mental bagi penduduk berusia 16 tahun ke atas semakin melarat.

Selain itu, 12 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 15 tahun didapati mengalami masalah kesihatan mental pada 2015.

Susulan itu Kementerian Pendidikan (KPM) disaran mewajibkan ujian saringan kesihatan mental dalam kalangan murid di sekolah sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Advertisement

Pakar Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Fauziah Mohd Saad, berkata ia penting untuk mengenal pasti lebih awal sekiranya ada kalangan murid yang mempunyai masalah dalam aspek itu.

Beliau berkata saringan itu boleh dilakukan menggunakan Ujian Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS). — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending