Connect with us

Terkini

Pengecualian cukai UTAR atas dasar kerajaan tidak kenakan cukai kepada pendidikan bukan keuntungan – Anwar

Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang dilapor berhutang sebanyak RM83 juta dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Pengecualian cukai Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang dilapor berhutang RM83 juta dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelewatan kelulusan pengecualian cukai kepada UTAR itu berikutan universiti berkenaan masih berada di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang belum dipisahkan strukturnya antara urusan syarikat perniagaan komersial dan pendidikan.
  • Anwar berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-78 pada Ahad.
  • Perdana Menteri sebelum ini dilapor memutuskan untuk melepaskan UTAR daripada pertikaian cukai dan denda.
  • Laporan Sin Chew Daily yang memetik sumber menyatakan tunggakan cukai dan denda RM83 juta yang dituntut LHDN ke atas UTAR akan dihapus kira.

PETALING JAYA — Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang dilapor berhutang sebanyak RM83 juta dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelewatan kelulusan pengecualian cukai kepada UTAR itu berikutan universiti berkenaan masih berada di bawah Yayasan Tunku Abdul Rahman (TAR) yang belum dipisahkan strukturnya antara urusan syarikat perniagaan komersial dan pendidikan.

“Soal pengecualian cukai bagi UTAR, iaitu universiti Cina. Apa dasar kita? Semua usaha untuk pendidikan yang bukan berasaskan keuntungan kita kecualikan.

“Kalau untuk bangunkan fakulti, untuk bagi pelajar miskin belajar, untuk kecualikan tuisyen, kita kecualikan cukai. Bagi saya tidak ada masalah, cuma kita umumkan kerana kelewatan kita luluskan berikutan Yayasan UTAR belum dipecahkan.

“Baru-baru ini, mereka meminta diberi tempoh setahun, mereka akan pecahkan namun sementara itu mereka minta pengecualian bagi semua kelulusan untuk pendidikan anak miskin,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Ke-78 di sini pada Ahad.

Perdana Menteri sebelum ini dilapor memutuskan untuk melepaskan UTAR daripada pertikaian cukai dan denda.

Laporan Sin Chew Daily yang memetik sumber menyatakan tunggakan cukai dan denda berjumlah RM83 juta yang dituntut LHDN ke atas UTAR akan dihapus kira.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying sebelum ini berkata menurut LHDN, UTAR tidak diberikan status pengecualian cukai, tidak seperti Yayasan Pendidikan UTAR yang mendapat pengecualian itu pada 1 Julai 2003 mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *