Connect with us

Terkini

Kerajaan setuju latihan Bahasa Cina, Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju ruang tambahan latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.
  • Ia supaya lebih banyak guru dalam mata pelajaran berkenaan dapat dilatih KPM untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.
  • “Sepertimana juga yang kita putuskan di beberapa sekolah kebangsaan iaitu anak-anak India yang memilih untuk menguasai atau mempelajari bahasa Tamil atau anak-anak Cina di sekolah menengah kebangsaan, itu harus kita pastikan ia (penguasaan bahasa ibunda) dapat ditingkatkan.
  • “Ini dasar yang tak bercanggah dengan dasar negara kita. Sebab itu saya katakan biar ada komitmen jelas dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dan Sabah dan Sarawak, tentang Bahasa Kebangsaan,” kata Anwar ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di Sungai Siput semalam.

SUNGAI SIPUT — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan Bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada Bahasa Kebangsaan.

Beliau berkata hal ini supaya lebih banyak guru dalam mata pelajaran berkenaan dapat dilatih Kementerian Pendidikan (KPM) untuk dihantar ke sekolah jenis Tamil dan Cina.

“Sepertimana juga yang kita putuskan di beberapa sekolah kebangsaan iaitu anak-anak India yang memilih untuk menguasai atau mempelajari bahasa Tamil atau anak-anak Cina di sekolah menengah kebangsaan, itu harus kita pastikan ia (penguasaan bahasa ibunda) dapat ditingkatkan.

“Ini dasar yang tak bercanggah dengan dasar negara kita. Sebab itu saya katakan biar ada komitmen jelas dalam kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India dan Sabah dan Sarawak, tentang Bahasa Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Heawood di sini semalam. – BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *