Terkini
(VIDEO) Mustahil, tidak logik NGO beroperasi ‘zero’ kos pengurusan – MRA
Malaysian Relief Agency (MRA) menyifatkan mustahil dan tidak praktikal sama sekali untuk badan bukan kerajaan (NGO) beroperasi tanpa mengambil sebarang kos pengurusan daripada hasil sumbangan diterima.

- “Tapi, memang kita ada kos kita dan untuk mengatakan zero kos itu adalah satu perkara yang mustahil dan bagi pihak kita tak masuk dek akal kerana kita memerlukan kewangan untuk bergerak.
- “(Pelbagai) Bil kena bayar, (bil) telefon kena bayar, minyak kena bayar dan ini memerlukan kos. Jadi kalau kita kata zero kos. Itu adalah amat-amat mustahil dan tak logik.
- “Kalau kita tengok institusi-institusi seperti UN (United Nation), mereka juga ambil kos 30 ke 40 peratus kan? Bukan hanya NGO yang ambil (kos pengurusan),” kata Naib Presiden Malaysian Relief Agency (MRA), Khairil Annuar Khalid ketika ditemui The Merdeka Times selepas sesi dialog mengenai Palestin di Taman Tun Dr Ismail pada Selasa.
- Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada praktikal atau tidak gesaan segelintir pihak yang mahukan NGO di Malaysia beroperasi dengan zero kos pengurusan di mana 100 peratus hasil sumbangan disalurkan kepada penerima.
KUALA LUMPUR — Malaysian Relief Agency (MRA) menyifatkan mustahil dan tidak praktikal sama sekali untuk badan bukan kerajaan (NGO) beroperasi tanpa mengambil sebarang kos pengurusan daripada hasil sumbangan diterima.
Naib Presidennya, Khairil Annuar Khalid berkata ini kerana setiap NGO mempunyai kos tersendiri yang perlu ditanggung seperti bil telefon, kos pengangkutan dan sebagainya.
Beliau berkata ada segelintir NGO meletakkan 10 atau 15 peratus untuk kos pengurusan walaupun undang-undang membenarkan ia sampai ke tahap 30 peratus, bagaimanapun pada etikanya NGO yang serius di lapangan tidak ambil sebanyak itu.
“Tapi, memang kita ada kos kita dan untuk mengatakan zero kos itu adalah satu perkara yang mustahil dan bagi pihak kita tak masuk dek akal kerana kita memerlukan kewangan untuk bergerak.
“(Pelbagai) Bil kena bayar, (bil) telefon kena bayar, minyak kena bayar dan ini memerlukan kos. Jadi kalau kita kata zero kos. Itu adalah amat-amat mustahil dan tak logik.
“Kalau kita tengok institusi-institusi seperti UN (United Nation), mereka juga ambil kos 30 ke 40 peratus kan? Bukan hanya NGO yang ambil (kos pengurusan),” katanya ketika ditemui The Merdeka Times selepas sesi dialog mengenai Palestin di Taman Tun Dr Ismail di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada praktikal atau tidak gesaan segelintir pihak yang mahukan NGO di Malaysia beroperasi dengan zero kos pengurusan di mana 100 peratus hasil sumbangan disalurkan kepada penerima.
Sebelum ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar juga dilaporkan melihat gesaan itu sebagai tidak praktikal bagi NGO.
Mohd Azmi yang juga dikenali sebagai Cikgu Azmi berkata pelbagai aspek harus diambil kira dalam perkara itu, termasuk kos pengangkutan penghantaran bantuan dan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
Sementara, Kamarul Zaman pula berkata ada keperluan NGO mengambil komisen untuk kos pengurusan antara faktornya supaya pengurusan dapat dijalankan dengan profesional.
Media sebelum ini melaporkan pengambilan komisen hasil sumbangan derma masyarakat awam oleh NGO untuk kos pengurusan, pentadbiran, gaji pekerja, sewaan bangunan dan sebagainya adalah dibenarkan mengikut pandangan Islam, namun pengambilan itu adalah dengan kadar sewajarnya sahaja.
Menjelaskan perkara itu, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM, Profesor Madya Dr Azri Bhari berkata mengikut pandangan agama atau fatwa, pengambilan komisen sewajarnya bersandarkan kos pentadbiran dan pengurusan NGO yang sebenarnya sahaja, bukan mengikut peratusan.
Dalam pada itu, Khairil Annuar tidak menafikan kepercayaan penderma terhadap NGO ketika ini sudah terjejas terutama apabila keluar berita negatif berkaitan NGO yang didakwa pecah amanah dan sebagainya.
“NGO sebenarnya perlu membuat audit, ini penting… Audit bukan hanya dari segi audit luaran, termasuk audit dalaman yang kita kena beritahu kepada penderma-penderma kita dan tatakelola kerja kita yang betul.
“Insya-Allah, ini untuk mengurangkan kekeliruan pada pihak orang ramai tapi memang (kepercayaan penderma kepada NGO) terjejas,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
View this post on Instagram
