Terkini
KK Mart, pembekal stoking kalimah Allah didakwa hari ini
Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membuat pertuduhan terhadap Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
- Jabatan Peguam Negara akan membuat pertuduhan terhadap Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
- Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan dipetik Berita Harian memaklumkan pertuduhan itu turut membabitkan pengarah-pengarah syarikat terbabit di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran bagi tujuan jualan.
- Menurut kenyataan itu, Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd dan pengarah-pengarah syarikat berkenaan juga akan dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah kepada Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR — Jabatan Peguam Negara (AGC) akan membuat pertuduhan terhadap Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.
Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan dipetik Berita Harian memaklumkan pertuduhan itu turut membabitkan pengarah-pengarah syarikat terbabit di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang Islam dengan cara mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran bagi tujuan jualan.
Menurut kenyataan itu, Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd dan pengarah-pengarah syarikat berkenaan juga akan dituduh di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat sebagai pembekal stoking bercetak kalimah Allah kepada Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.
Pada 14 Mac lalu, pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), dilaporkan memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Insiden kontroversi itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam hinggakan terdapat gesaan supaya kedai serbaneka terbabit diboikot dan ia semakin hangat apabila ada individu membuat komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah, termasuk seorang lelaki menyindir reaksi Muslim yang dilihat terlalu ‘sensitif’ dengan isu berkenaan.
Malah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim turut murka dan menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu berkenaan serta mahukan tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu itu berdasarkan siasatan pihak berkuasa. — The Merdeka Times