Connect with us

Terkini

Pengarah, penerbit mohon batalkan pengharaman filem ‘Mentega Terbang’

Pengarah dan penerbit filem ‘Mentega Terbang’ memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem kontroversi itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengarah, Khairi Anwar Jailani (kiri) dan Penerbit, Tan Meng Kheng (kanan).
  • Pengarah dan penerbit filem ‘Mentega Terbang’ memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem kontroversi itu.
  • Memetik media tempatan, pengarahnya, Khairi Anwar Jailani dan penerbit, Tan Meng Kheng mendakwa keputusan kerajaan “tidak rasional” kerana melanggar kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Katanya, keputusan itu juga menjejaskan pendapatan mereka kerana filem terbabit tidak boleh ditayangkan atau diedarkan di mana-mana dalam negara ini.
  • Pada September lalu,  Kementerian Dalam Negeri dilaporkan mewartakan Perintah Penapisan Filem (larangan) 2023 terhadap filem itu yang didapati jelas bertentangan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini berdasarkan input JAKIM.
  • The Merdeka Times sebelum ini melaporkan penulis, Zabidi Mohamed berpendapat filem arahan Khairi Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy (penistaan/persendaan) terhadap Islam.

KUALA LUMPUR — Pengarah dan penerbit filem ‘Mentega Terbang’ memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem kontroversi itu.

Memetik media tempatan, pengarahnya, Khairi Anwar Jailani dan penerbit, Tan Meng Kheng mendakwa keputusan kerajaan “tidak rasional” kerana melanggar kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan itu juga menjejaskan pendapatan mereka kerana filem terbabit tidak boleh ditayangkan atau diedarkan di mana-mana dalam negara ini.

Khairi Anwar dan Tan memohon perintah mahkamah untuk membatalkan arahan itu dan mengisytiharkan Akta Penapisan Filem sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah menetapkan 31 Januari depan untuk mendengar permohonan bagi membuat semakan kehakiman itu, lapor FMT.

Pada September lalu,  Kementerian Dalam Negeri dilaporkan mewartakan Perintah Penapisan Filem (larangan) 2023 terhadap filem itu yang didapati jelas bertentangan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini berdasarkan input Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Larangan itu termasuk penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem Mentega Terbang yang diperihalkan dalam jadual yang bertentangan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan penulis, Zabidi Mohamed berpendapat filem arahan Khairi Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy (penistaan/persendaan) terhadap Islam.

Ia mengisahkan tentang Aisyah, remaja berusia 16 tahun yang mengkaji kitab suci pelbagai agama untuk mencari jawapan tentang kehidupan selepas mati dan tertarik pada kepercayaan kelahiran semula.

Pengkritik menganggap filem itu boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam dan cukup merbahaya kepada mereka yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.

Mentega Terbang mula ditayangkan di platform Viu pada 19 Januari lalu selepas dua tahun ditayangkan secara terhad dan ia ditarik semula pada 27 Februari lalu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *