Connect with us

Terkini

(VIDEO) Masyarakat Cina setuju syarat jadi warganegara mesti fasih BM – Tinjauan

Rata-rata masyarakat Cina bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bahawa syarat menjadi warganegara Malaysia adalah wajib fasih berbahasa Melayu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rata-rata masyarakat Cina bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bahawa syarat menjadi warganegara Malaysia adalah wajib fasih berbahasa Melayu.
  • Menerusi tinjauan yang dilakukan The Merdeka Times di sekitar Wangsa Maju pada Rabu mendapati, dengan penguasaan bahasa rasmi kebangsaan itu dapat memudahkan urusan seharian mereka.

KUALA LUMPUR – Rata-rata masyarakat Cina bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bahawa syarat menjadi warganegara Malaysia adalah wajib fasih berbahasa Melayu.

Menerusi tinjauan yang dilakukan The Merdeka Times di sekitar Wangsa Maju pada Rabu mendapati, masyarakat Cina yang ditemui menganggap penguasaan bahasa rasmi kebangsaan dapat memudahkan urusan seharian mereka.

Seorang peniaga kedai kaca mata, Jack, 36 berkata rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu, dilihat sebagai satu kekurangan yang menyukarkan mereka untuk menjalankan kegiatan ekonomi seperti perniagaan.

“Better ada faham Bahasa Malaysia, boleh communicate dengan sesiapa di negara ini,” katanya.

Sementara itu, bagi pemilik kedai fotostat, Ang Boon Teck, 38, kemahiran berbahasa Melayu adalah penting untuk mana-mana individu yang memegang kewarganegaraan Malaysia.

“Kita orang Malaysia perlu Bahasa Melayu untuk jalankan urusan penting,” katanya.

Malah menurut penjaja buah, Chan, 70 adalah satu perkara yang amat memalukan jika rakyat Malaysia tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

“Kalau tak tahu, malulah, banyak malu,” katanya.

Bagaimanapun terdapat segelintir daripada mereka yang berpandangan syarat fasih berbahasa Melayu bukan keutamaan bagi mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

Pekedai runcit, Chen 38 misalnya berpendapat syarat untuk menjadi warganegara Malaysia tidak semestinya wajib berbahasa kebangsaan tersebut meskipun penguasaannya dilihat sebagai keperluan.

“Perlu tahu tapi bukan mesti,” katanya.

Tambah Chen, dia sendiri juga tidak fasih berbahasa Melayu.

“Like me, takde sekolah punya orang, bahasa Melayu pun tak bagus sangat, so I don’t think,” katanya.

Menteri Dalam Negeri sebelum ini mempertahankan tindakan seorang pegawai Imigresen yang mempersoalkan seorang individu yang didapati tidak fasih berbahasa Melayu semasa mahu memperbaharui pasportnya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Johor baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan yang diambil pegawai berkenaan disebabkan kemungkinan wujud syak wasangka terhadap status kewarganegaraan individu berkenaan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *