Connect with us

Terkini

Gereja terkemuka murtadkan anak-anak Muslim : MRM tidak pernah dedah tanpa bukti tulen! – Firdaus Wong

Susulan pendedahan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berhubung seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya dimurtadkan di gereja terkemuka, beliau semalam memaklumkan berkemungkinan bakal disaman persatuan gereja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Dedah kes murtad anak-anak Muslim, Firdaus Wong bakal disaman persatuan gereja?
Foto: Pendakwah Bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Susulan pendedahan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berhubung seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya dimurtadkan di gereja terkemuka, beliau semalam memaklumkan berkemungkinan bakal disaman persatuan gereja.
  • Firdaus Wong yang juga pengasas NGO Multiracial Reverted Muslims, (MRM) berkata pendedahan beliau itu mendapat reaksi dari persatuan gereja yang difahamkan ingin merujuk isu berkenaan kepada pihak perundangan mereka.
  • “Saya dan MRM TIDAK PERNAH mendedahkan apa-apa tanpa bukti tulen! Laporan polis telah dibuat di atas insiden itu dan pihak Bahagian Undang-Undang MRM akan memfailkan saman sivil di mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.
  • Firdaus Wong membuat pendedahan itu pada 18 Disember lalu yang turut menantikan respon Council of Churches Malaysia (CCM), MCCBCHST (Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia) dan para liberal yang sebelum ini menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’.
  • Usaha The Merdeka Times untuk mendapatkan reaksi beberapa pihak yang sebelum ini menentang pemelukan agama secara unilateral atau sepihak untuk mengulas isu itu masih gagal setakat pagi ini. 

KUALA LUMPUR — Susulan pendedahan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berhubung seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya dimurtadkan di gereja terkemuka, beliau semalam memaklumkan berkemungkinan bakal disaman persatuan gereja.

Firdaus Wong yang juga pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata pendedahan beliau itu mendapat reaksi dari persatuan gereja yang difahamkan ingin merujuk isu berkenaan kepada pihak perundangan mereka.

“Saya dan MRM TIDAK PERNAH mendedahkan apa-apa tanpa bukti tulen! Laporan polis telah dibuat di atas insiden itu dan pihak Bahagian Undang-Undang MRM akan memfailkan saman sivil di mahkamah. 

“Perlembagaan dan  undang-undang perlu dipertahankan. Berani kerana benar,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.

Membangkitkan persoalan sama ada pihaknya takut akan tindakan undang-undang yang berkemungkinan dikenakan, pendakwah bebas itu memetik surah Al-Maidah ayat 54, ‘“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.”’

Pada 18 Disember lalu, The Merdeka Times melaporkan Firdaus Wong mendedahkan seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya dimurtadkan di gereja terkemuka sebelum berkahwin di cawangan gereja itu yang terletak di Kuala Lumpur.

Pengasas MRM itu berkata perkara tersebut bukan khabar angin kerana pihaknya mempunyai dokumen rasmi pengakuan mereka memeluk Kristian.

“Saya nak lihat apa respon Council of Churches Malaysia (CCM), MCCBCHST(Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia) dan para liberal yang selama ini menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’.

“Saya ingin tahu apakah yang mereka perjuangkan itu hanyalah difokuskan pada pemelukan agama Islam secara ‘unilateral’ atau mereka tidak hipokrit dan juga menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’ tanpa mengira agama apa pun,” katanya.

Pada 20 Februari lalu, Pengerusi Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy dilaporkan menyatakan di laman Facebook bahawa pihaknya bersedia memfailkan kes di Mahkamah Tinggi terhadap sembilan negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak secara satu pihak.

Mahkamah Persekutuan pada 2018, sebulat suara memutuskan penukaran agama kanak-kanak secara unilateral menyalahi undang-undang kerana ia memerlukan kebenaran daripada kedua-dua ibu dan bapa.

Dalam pada itu, usaha The Merdeka Times untuk mendapatkan reaksi beberapa pihak yang sebelum ini menentang pemelukan agama secara unilateral atau sepihak untuk mengulas isu dibangkitkan Firdaus Wong, masih gagal setakat pagi ini. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *