Terkini
Masyarakat Kristian perlu nilai semula pendirian zionis Israel terhadap agama mereka
Masyarakat Kristian di Malaysia perlu menilai semula pendirian rejim zionis Israel terhadap agama mereka di Palestin, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle.
- Masyarakat Kristian di Malaysia perlu menilai semula pendirian rejim zionis Israel terhadap agama mereka di Palestin, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle.
- Rozaimi berkata ini kerana bukan masyarakat Islam sahaja ditindas dan dibantai di Palestin oleh rejim zionis Israel, tetapi kelompok Kristian di sana turut berdepan nasib sama.
- “Orang Kristian dalam negara ini perlu menilai semula pendirian orang Israel terhadap agama mereka. Adakah Israel itu tidak menzalimi rakan-rakan kita daripada agama Kristian di Palestin sana, sedangkan mereka juga ditindas.
- “Jadi baca data dan fakta dengan betul. Bukan hanya orang Islam yang ditindas, di Gaza pun ada orang Kristian. Gereja juga dibom,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, semalam.
- Rozaimi mengulas berhubung dengan kenyataan beberapa wakil rakyat dari kelompok Cina termasuk Uskup Kuching sendiri yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KUALA LUMPUR – Masyarakat Kristian di Malaysia perlu menilai semula pendirian rejim zionis Israel terhadap agama mereka di Palestin, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis, Profesor Dr Muhammad Rozaimi Ramle.
Rozaimi berkata ini kerana bukan masyarakat Islam sahaja ditindas dan dibantai di Palestin oleh rejim zionis Israel, tetapi kelompok Kristian di sana turut berdepan nasib sama.
“Orang Kristian dalam negara ini perlu menilai semula pendirian orang Israel terhadap agama mereka. Adakah Israel itu tidak menzalimi rakan-rakan kita daripada agama Kristian di Palestin sana, sedangkan mereka juga ditindas.
“Jadi baca data dan fakta dengan betul. Bukan hanya orang Islam yang ditindas, di Gaza pun ada orang Kristian. Gereja juga dibom,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, semalam.
Beliau mengulas berhubung dengan kenyataan beberapa wakil rakyat dari kelompok Cina termasuk Uskup Kuching sendiri yang membantah pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Uskup Kuching, Sarawak sebelum ini dilaporkan berkata KPM dan Jabatan Pendidikan Sarawak tidak seharusnya membuang masa, tenaga dan sumber mereka dalam penganjuran acara begini.
“Tidak sepatutnya ia libatkan sekolah dan murid sekolah! Kementerian Pendidikan hanya perlu memberi tumpuan kepada perniagaan terasnya dan tidak mengheret anak-anak muda kita ke dalam konflik yang kompleks ini dan mencemarkan minda muda mereka dengan cara memainkan naratif berat sebelah,” katanya.
Mengulas lanjut, Rozaimi berkata terdapat kelompok Muslim terpengaruh dengan naratif yang dibawa media barat sedangkan mereka tidak memahami isu jihad.
“Ada saja Muslim yang terkesan dengan barat yang kadang-kadang tidak memahami pun berkenaan isu jihad ini dan seolah-olah menganggap apa yang berlaku di Palestin dan Israel ni sebenarnya perlu kepada penyelesaian, kedamaian. Sedangkan mereka tidak tahu pun apa yang berlaku di Palestin, rumah mereka dicuri, diambil,” katanya.
Dalam isu Palestin, beliau berkata perdamaian tidak akan dicapai tetapi umat Islam di wilayah konflik itu akan sentiasa ditindas.
Terdahulu, KPM mengumumkan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin melibatkan institusi pendidikan bawah kementeriannya bermula 29 Oktober hingga 3 November ini. — The Merdeka Times