Connect with us

Terkini

Malaysia perlu tolak ‘two state solution’ dalam isu Konflik Palestin-Israel – GSPP

Kerajaan Malaysia digesa untuk menyatakan bantahan terhadap penyelesaian ‘two state solution’ membabitkan konflik Palestin-Israel.

Hidayah Sani

Published

on

Malaysia perlu tolak ‘two state solution' dalam isu Konflik Palestin-Israel – GSPP
Foto: Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni.
  • Kerajaan Malaysia digesa untuk menyatakan bantahan terhadap penyelesaian ‘Two State Solution’ membabitkan konflik Palestin-Israel.
  • Gesaan itu dibuat Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni yang menegaskan bantahan itu penting untuk membuka arus dalam kalangan negara Islam lain supaya mereka berani melaungkan seruan penyelesaian sama untuk menamatkan penjajahan secara mutlak dan mengembalikan setiap inci tanah Palestin kepada penduduk asalnya yang dihalau bermula dari 1948.
  • “Kalau Malaysia mengambil langkah berani begini, barulah saya boleh percaya yang Perdana Menteri kita diugut oleh negara Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Fauzi berkata Malaysia juga mesti berani mengusulkan bekalan senjata dari negara Islam kepada Palestin sebagai balasan kepada tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya menggerakkan aset ketenteraan mereka ke Timur Tengah. 

KUALA LUMPUR — Kerajaan Malaysia digesa untuk menyatakan bantahan terhadap penyelesaian ‘two state solution’ membabitkan konflik Palestin-Israel.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni yang menegaskan bantahan itu penting untuk membuka arus dalam kalangan negara Islam lain supaya mereka berani melaungkan seruan penyelesaian sama untuk menamatkan penjajahan secara mutlak dan mengembalikan setiap inci tanah Palestin kepada penduduk asalnya yang dihalau bermula dari 1948.

“Malaysia mesti berani menongkah arus dengan menyatakan bantahan terhadap penyelesaian Two State Solution. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada 8 Oktober 2023 yang lepas, selain daripada tidak ada kutukan yang kuat terhadap Israel, Malaysia masih melaungkan seruan kembali ke sempadan 1967. 

“Kalau Malaysia mengambil langkah berani begini, barulah saya boleh percaya yang Perdana Menteri kita diugut oleh negara Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fauzi berkata Malaysia juga mesti berani mengusulkan bekalan senjata dari negara Islam kepada Palestin sebagai balasan kepada tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya menggerakkan aset ketenteraan mereka ke Timur Tengah. 

Katanya, Malaysia perlu membuat rundingan berhubung perkara itu bersama negara Islam lain sama ada secara terangan-terangan mahupun rundingan ‘belakang’.

“Bagaimana Palestin hendak mempertahankan diri tanpa senjata dalam keadaan mereka diserang siang dan malam sejak 1948 dengan pelbagai jenis senjata?

“Malaysia perlu meluluskan satu jumlah dana yang bersesuaian dengan keperluan Palestin yang hancur. Bukan 100 jutalah sudah semestinya. Angkanya mesti billion-billion. Subsidi pun dah banyak kena potong, tentu kerajaan sudah ada banyak lebihan sekarang,” katanya.

Beliau berkata sekiranya Malaysia hendak membuat sumbangan kepada Palestin maka sasaran jumlah sumbangan itu perlu berpadanan dengan kapasiti kerajaan sebagai sebuah negara.

Katanya, pembangunan negara yang hancur kerana perang tidak akan mampu untuk ditanggung oleh rakyat yang menyumbang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perdana Menteri perlu mempengaruhi Ahli Parlimen; kerajaan atau pembangkang untuk bersetuju dengan usul-usul tersebut. Di sinilah akan teruji sejauh mana kuatnya ‘aura’ seorang pemimpin tertinggi negara dalam memastikan dia masih ada pengaruh mengatasi segalanya. 

“Habiskan masa dan tenaga serta segala pemikiran ke arah itu. Jangan buang masa dan tenaga bersaing dengan pertubuhan bukan kerajaan. Banyak lagi peranan yang kerajaan boleh mainkan jika kita perhalusi,” kata Fauzi.

GSPP yang dahulunya disertai 13 NGO kini bergerak bersama lebih 47 NGO dengan objektif membawa naratif seragam dalam memperjuangkan pembebasan mutlak warga Palestin dari penjajahan rejim haram Israel. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Author

Antarabangsa

Rakyat Palestin di Lubnan sedia berperang jika Israel serang habis-habisan Hizbullah

Rakyat Palestin terlibat dalam gerakan pembebasan di kem pelarian Shatila Palestin di Beirut memberitahu Al Jazeera bahawa mereka tidak takut dan bersedia menentang Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat Palestin terlibat dalam gerakan pembebasan di kem pelarian Shatila Palestin di Beirut memberitahu Al Jazeera bahawa mereka tidak takut dan bersedia menentang Israel.
  • Ia termasuk tindakan berjuang menyokong Hizbullah dan “paksi penentangan” lebih luas di rantau itu bagi menentang Israel.
  • Bagaimanapun, mereka turut bimbang akan keselamatan keluarga dan penduduk awam sekiranya rejim Israel menyasarkan kawasan berpenduduk padat Lubnan seperti kem-kem di Palestin di mana puluhan ribu orang tinggal dalam kawasan yang sesak.
  • Di Shatila, beberapa lelaki Palestin berkata rakan sebaya mereka akan menyertai perjuangan bersenjata menentang Israel jika perang lebih luas dilancarkan terhadap Hizbullah.
  • Mereka memberitahu bahawa Hamas telah merekrut ribuan dalam kalangan penyokongnya dan komuniti yang berkaitan dengan Fatah, iaitu pihak lawan diketuai Mahmoud Abbas, yang mengetuai Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.

Rakyat Palestin terlibat dalam gerakan pembebasan di kem pelarian Shatila Palestin di Beirut memberitahu Al Jazeera bahawa mereka tidak takut dan bersedia menentang Israel.

Ia termasuk tindakan berjuang menyokong Hizbullah dan “paksi penentangan” lebih luas di rantau itu bagi menentang Israel.

Bagaimanapun, mereka turut bimbang akan keselamatan keluarga dan penduduk awam sekiranya rejim Israel menyasarkan kawasan berpenduduk padat Lubnan seperti kem-kem di Palestin di mana puluhan ribu orang tinggal dalam kawasan yang sesak.

Di Shatila, beberapa lelaki Palestin berkata rakan sebaya mereka akan menyertai perjuangan bersenjata menentang Israel jika perang lebih luas dilancarkan terhadap Hizbullah.

Mereka memberitahu bahawa Hamas telah merekrut ribuan dalam kalangan penyokongnya dan komuniti yang berkaitan dengan Fatah, iaitu pihak lawan diketuai Mahmoud Abbas, yang mengetuai Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat.

Rakyat Palestin di Lubnan menyaksikan serangan Israel ke atas Gaza dengan kemarahan membara dan kini berdepan kemungkinan sama jika Israel melancarkan perang habis-habisan terhadap kumpulan Lubnan, Hizbullah.

Hizbullah melibatkan dirinya menyerang Israel hampir sejurus selepas negara zionis itu memulakan serangannya ke atas Gaza yang membunuh lebih 37,000 orang dan pengusiran hampir keseluruhan penduduknya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending