Connect with us

Terkini

Dakwaan orang ramai dipaksa ambil suntikan vaksin ISR tidak benar – KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan orang ramai dipaksa mengambil suntikan ISR dan menggesa fitnah tersebut tidak terus disebarkan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dakwaan orang ramai dipaksa ambil suntikan vaksin ISR tidak benar - KKM
Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
  • Kementerian Kesihatan (KKM) sangkal dakwaan orang ramai dipaksa ambil suntikan ISR dan menggesa fitnah tersebut tidak terus disebarkan hingga timbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan ia adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk calarkan imej KKM.
  • “Baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp berhubung isu suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa kepada setiap rumah warga Malaysia. KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut.
  • “Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini tidak wujud,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyangkal dakwaan orang ramai dipaksa mengambil suntikan ISR dan menggesa fitnah tersebut tidak terus disebarkan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan ia adalah cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencalarkan imej KKM.

Kata beliau, arahan sepertimana didakwa tersebut tidak pernah dikeluarkan oleh KKM, malah vaksin ISR yang didakwa disuntik secara paksa tidak wujud.

“Baru-baru ini tular di aplikasi WhatsApp berhubung isu suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa kepada setiap rumah warga Malaysia. KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini tidak wujud.

“Ini adalah fitnah dan tohmahan semata-mata dan boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia serta mencalarkan imej KKM,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Muhammad Radzi menyeru dan menasihati orang ramai untuk berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“KKM menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *