Connect with us

Terkini

Turunkan mesej berkaitan Hamas dan Palestin, KKD akan panggil Tiktok

Kementerian Komunikasi dan Digital akan memanggil pengendali aplikasi Tiktok berikutan beberapa mesej tertentu yang memaparkan perkataan Hamas dan Palestin telah diturunkan oleh mereka.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Turunkan mesej berkaitan Hamas dan Palestin, KKD akan panggil Tiktok
Foto: Kementerian Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (tengah).
  • Kementerian Komunikasi dan Digital akan memanggil pengendali aplikasi Tiktok berikutan beberapa mesej tertentu yang memaparkan perkataan Hamas dan Palestin telah diturunkan oleh mereka.
  • Menterinya Fahmi Fadzil berkata, tindakan memanggil pengendali aplikasi itu bertujuan mendapatkan penjelasan lanjut susulan aduan para pengguna yang kesal selepas mesej solidariti mereka kepada Palestin diturunkan.
  • “Ada satu pengguna menyatakan dia letak status mesej itu pada 1.20 pagi tapi pada jam 1.21 pagi iaitu seminit kemudian, ia telah diturunkan kerana kononnya perlanggaran garis panduan komuniti.
  • “Dalam isu ini saya telah berhubung dengan pihak TikTok untuk mendapatkan penjelasan tapi penjelasannya tidak memuaskan, jadi saya mungkin akan minta panduan daripada Wisma Putra tentang beberapa perkara berkaitan dan akan panggil (TikTok),” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital akan memanggil pengendali aplikasi Tiktok berikutan beberapa mesej tertentu yang memaparkan perkataan Hamas dan Palestin telah diturunkan oleh mereka.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata, tindakan memanggil pengendali aplikasi itu bertujuan mendapatkan penjelasan lanjut susulan aduan para pengguna yang kesal selepas mesej solidariti mereka kepada Palestin diturunkan.

“Saya lihat ada beberapa pengguna di TikTok yang membangkitkan isu dan mengadu bila kandungan mereka yang mengandungi perkataan seperti Hamas dan beberapa perkataan lain secara automatik telah diturunkan.

“Ada satu pengguna menyatakan dia letak status mesej itu pada 1.20 pagi tapi pada jam 1.21 pagi iaitu seminit kemudian, ia telah diturunkan kerana kononnya perlanggaran garis panduan komuniti.

“Dalam isu ini saya telah berhubung dengan pihak TikTok untuk mendapatkan penjelasan tapi penjelasannya tidak memuaskan, jadi saya mungkin akan minta panduan daripada Wisma Putra tentang beberapa perkara berkaitan dan akan panggil (TikTok),” katanya ketika ditemui pemberita di Dataran Merdeka di sini semalam.

Selain itu, dalam isu sama beliau juga menambah, mungkin satu taklimat akan diadakan bersama dengan semua agensi media bertujuan untuk menyampaikan beberapa perkara berkaitan.

“Dalam minggu ini, Insya-Allah (pertemuan dengan media dan KKD),” katanya lagi.

Mengulas lanjut dalam perkara sama, beliau juga mengesahkan setakat ini tiada sebarang sekatan atau masalah tercetus kepada syarikat agensi media dalam melaporkan berita berkaitan Hamas dan Palestin dalam Facebook.

Katanya, pada awalnya beliau sendiri ada menerima mesej yang disangka daripada Meta.

“Namun, setelah saya menghubungi Meta rantau Asia Tenggara, mereka memaklumkan itu adalah mesej tidak benar dan bukan daripada pihak FB atau Meta, maka pada masa ini tiada sekatan seperti ini dari FB,” katanya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *