Connect with us

Ekonomi

Belanjawan 2024: Yuran pendaftaran universiti awam dihad RM1,500

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam (UA) dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2024: Yuran pendaftaran universiti awam dihad RM1,500
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam (UA) dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024. 
  • Perdana Menteri berkata, perkara itu supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.
  • Beliau berkata,  langkah itu kerana beliau sama sekali tidak akan mengizinkan, mahasiswa khususnya daripada keluarga susah yang mendapat tempat di universiti awam dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran kemasukan pengajian.

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam (UA) dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024. 

Perdana Menteri berkata, perkara itu supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

Beliau berkata,  langkah itu kerana beliau sama sekali tidak akan mengizinkan, mahasiswa khususnya daripada keluarga susah yang mendapat tempat di universiti awam dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran kemasukan pengajian.

“Tidak ada duit untuk bayar yuran tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang mahasiswa mengambil peperiksaan. 

“Pada masa sama, pelajar sedia ada yang tidak mampu membayar yuran pengajian tidak akan disekat bagi mendaftar subjek pada setiap semester dan bayaran boleh dilunaskan selepas pendaftaran subjek. Sebarang peraturan pembayaran oleh universiti hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar.

“Pada masa hadapan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti bersama-sama PTPTN atau badan lain hendaklah berperanan memudah cara dan membantu mahasiswa dan bakal pelajar yang punyai masalah pembayaran yuran,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat  hari ini. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *